ijjalyza TikTok
Check out ijjalyzaTiktok analytics report
ijjalyza
@ijjalyza-
Global Rank15.61K
Followers2.60K
Videos6.76M
Views183.07K
LikesRelative Keyword
Influence analysis
ijjalyza tiktok Introduction
ijjalyza is a tiktok influencers from the Malaysia with 15614 followers. His/her video classification is Public Figure in tiktok. Many people who follow him/her are because of his/her classification. He/She has published more than 2599 videos, with a cumulative total of 183069 likes, and a total of 15614 fans. In the current tiktok ranking in the United States, he/she ranks No. Malaysia and ranks No. globally.
Here are some more information about ijjalyza:
tiktok homepage link:https://www.tiktok.com/@ijjalyza
Instagram:unknown
Youtube:unknown
Twitter:unknown
ijjalyza's pricing:
Nano: $50–$300
Micro: $300–$1,250
Mid: $1,250–$3,500
Macro: $3,500–$12,000
Celebrity: $12,000+
Also, the most commonly and popular used tiktok hashtags in ijjalyza 's most famous tiktok videos are these:
#fyp #foryou #dlaciebie #viral #dcb #fy #tend #foryoupage #obsessed #makeup #makeuptutorial #sheingals #shein #sheinEu #leo
In the past 30 days, he/she has released for following 144 videos, 135510 views, 4421 likes, 88 comments and 102 shares
not only that.
His/her average playback of each video reached 941.04, an average of 30.7 likes per video, an average of 0.61 per video, and an average of 0.71 sharing times per video.
His/her best and the first three best videos played 4876, 13746, respectively. These three videos are:Assalamualaikum...🫣 Eyfah namakan failnya Nuri sebab ingatkan Nuri dalam ebook. Sian dia. Jahanam suaminya. Bodoh dpt sepupu macan Irsya. Memalukan kaun hawa. Dan bestnya ada Nazim yang setia. Tapi mak Nazim? 😢 Sedih hidup Nuri. FOREVER WITH YOU BABY ,- Eyfah Zakirin Blurb Segalanya musnah tatkala Nuri dapat tahu diri dikhianati. Hancur hati, tiada siapa yang tahu. "Nuri, aku ceraikan kau dengan talak satu." - AZRIL Tak cukup itu, Irsya sepupu yang dianggap kawan baik adalah gunting dalam lipatan. "Kau tak boleh salahkan aku..." - IRSYA Nuri cuba bangkit tapi sekali lagi dia terduduk Kerana kehilangan kedua anaknya. Dugaan yang datang silih berganti mengunjungi hidupnya buat dia rasa ingin mati. Namun, kesetiaan Nazim mengundang rasa terharu di hati. "Awak nak kahwin dengan saya ke?" - NURI "Nak." - NAZIM Baru sahaja mahu mengecap bahagia, halangan lain muncul. Merampas segala kebahagiaan yang baru bersemi di hati Nazim mahu pun Nuri. "Saya tak sampai hati nak kecewakan dia untuk kali kedua..." - NURI "Masalahnya kau tu janda. Nazim tu teruna. Sendiri nak fikirlah yang diri tu layak ke tak untuk dia." - NAZIM Hendak mengalah, Nazim terluka lagi. Nuri mula serba salah. Apakah masih ada harapan untuk mereka bersama? Ada apa pula dengan Irsya? #Nuri #foreverwithyoubaby #booktok #watpadd #ebooktiktok #tiktokebook #ijjalyzabookstore #eyfahzakirin ; #ijjalyzabookstore #ebookbestseller #pbakl2024 #ebookmelayu #ebookzatimohd #zatimohd #kekasihlebaran Kekasih lebaran? Wawww.. jom baca buat hilang bosan.. "Dahlia bos baru bila masuk?" Aku angkat kepala dan pandang Shuhada dekat depan. Shuhada ni budak HR tapi sibuk apa entah tanya fasal bos baru. "Mana aku tahu.. kalau bos baru tu masuk mesti lah kau tahu dulu." Aku tumpukan perhatian semula dekat depan skrin laptop. Harini aku nak buat claim manager. Aku kerja sebagai akaun executive, jadi meja aku satu aras dengan dengan bilik bilik bos besar. Antaranya COO, CEO sebab department Chief Financial Officer dekat sini jadi aku terpaksalah duduk sini sekali. "Ala aku staf biasa aje. Nak jugak jumpa bos baru. Katanya handsome." Aku angkat wajah dan tengok muka Shuhada yang bersinar-sinar bila dia tahu bos tu handsome. "Mana kau tahu handsome?" Aku tanya dia. "Dia pernah datang jumpa Encik Yusof haritu. Tu aku tahu tu.." Aku tak tahu lah handsome mana rupa bos baru tu yang aku tahu,bos tu dari syarikat di Dubai datang kerjasama dengan syarikat kami dekat Malaysia. Jadi syarikat Dubai tu hantar wakil untuk projek dekat sini. Haa macam tu lah. "Dah la kau nanti bos aku nampak bising pulak. Kerja tak siap.. gosip aje lebih. Pergi la balik tempat kau." Budak Shuhada ni kalau tak halau, tak balik dia. "Yelah aku balik.." berkerut muka dia merajuk bila aku halau. Okay jom sambung buat claim pulak. Aku periksa resit satu persatu. Banyak resit mahal-mahal. Sampai aku tengok ada satu resit dekat club. Gorgon mana nak claim sampai dekat club ni? Resit tu aku letak tepi. Kejap lagi kena la tazkirah dengan aku ni. Tak lama lepastu aku dengar suara orang berborak dari arah lif. Kemain cakap kuat-kuat. Angkat kepala rupanya CEO aku. Dato Razali. Sebelah Dato Razali ada lelaki berkumis dia wajah, persis orang arab. Ya habibi. Tubuh dan tinggi dah macam model minyak Hugo boss. Okay betul cakap Shuhada, handsome. "Okay semua saya kenalkan Encik Arash Zulkarnain operating manager dari syarikat di Dubai. Dia akan stay sini sampai habis projek kerjasama dengan syarikat kita." Dato Razali kenalkan dekat kami semua. Masing-masing cakap hai. Aku tengok ajelah ciptaan tuhan yang terindah ni. Perfect. Haha. "Hai saya Arash Zulkarnain. Anak jati Malaysia duduk dekat penang." "Lah ingatkan orang arab tadi nasib baik kami tak cakap ahlan wasahlan ya habibi." Kak Mai menyampuk. Kak Mak ni memang kelakar sikit. Kalau dah kenal lama boleh jadi kelakar banyak. Hampir semua ketawa bila kak Mai buat lawak. Lepas dah kenalkan diri bos baru pun ikut Dato Razali masuk ke biliknya. Yang mana biliknya tak jauh pun dari meja aku. Punya ralit tengok muka bos baru yang helok tu sampai dia pun terpandang dekat aku. Mesti dia tau aku duk tenung dia dari tadi. Bila dia dah nampak aku, aku terus alihkan anak mata dekat laptop semula. Haaa kan dah kantoi tenung anak orang.; READY FILE RM 1 5❗️ BABYSITTER PAKCIK DUDA TEASER 2 Dinas nak balik kampung tapi pakcik ni marah pulak! “Kau ni nak cuti memang tak reti beritahu aku ke? Soalnya dingin. “Kan dah beritahu sekali tadi.” Aduh! Pakcik duda ni dah kenapa, saja nak cari pasal pula waktu begini. “Kau tu pengasuh anak aku, patut aku yang tahu dahulu.” “Ya lah, maaf. Saya pun tak jangka akan ada kecemasan macam ni.” malas mahu berbalah, dia meminta maaf sahaja. “Balik nak kahwin ada harapan tak datang lagi.” tuduh Syed Akid. “Kenapa pula? Saya kerja lagi dekat sini, balik kampung dua tiga hari bukan saya balik terus.” “Manalah tahu, kalau dah gatal sangat nak kahwin. Balik kampung terus nikah, tak datang dah sini. Beritahu awal-awal senang aku nak cari pengasuh lain.” “Kalau saya ni spesis mengatal tak payah saya balik kampung. Dalam rumah ni ada duda secondhand saya boleh mengurat. Kenapa nak pergi jauh-jauh. Masalahnya saya tak macam tu, tak lapar lelakilah.” Radang pula hati Dinas, kenapa agaknya pakcik ni menuduh dia begitu. #babysitterpakcikduda #idaanuar #tiktokmalaysia #tiktokmalaysiaebook #ebookmelayu #ijjalyzabookstore #watpadd
Published videos
Punyalah merajuk Si Ariq ni sebab Qina pergi tanpa alasan, sampai 7 tahun pun dia tak cari-cari juga. Nak tunggu sampai 7 keturunan ke macam mana ni? Lepas tu makan hati sesorang. Aduhai... 🌹 TEASER 3: PENGANTIN TANPA ISTERI “Ariq...” Mata Ariq ditentang lama. Bila kening adik iparnya itu terjongket, tanda bertanya tanpa suara, dia menarik nafas panjang sebelum melepaskannya perlahan. “Boleh kita bercakap dari hati ke hati? Sebagai dua orang lelaki dewasa yang dah matang?” “Maksud abang ngah?” “Ariq masih sayangkan Qina lepas dia tinggalkan Ariq?” tanya Ikhwan terus terang. Bukannya dia hendak sibukkan urusan peribadi Ariq. Tapi kerana mereka keluarga, kerana dia rasa tempoh tujuh tahun itu sudah begitu lama, lalu dia memilih untuk tahu apa yang ada dalam sekeping hati milik adik iparnya itu. “Kenapa abang ngah tiba-tiba tanya?” Ariq percaya, lambat-laun baik Ikhwan mahupun Fawwaz yang selalu diam seperti tak ambil tahu, akan bersuara juga. Kalau bukan hari ini, esok lusa itu pasti. “Sebab tempoh tujuh tahun tu terlalu lama untuk Ariq terus macam ni. Abang ngah rasa dah sampai masa Ariq cari Qina kalau Qina tetap tak nak muncul depan Ariq. Lepas tu Ariq bincang elok-elok dengan Qina. Cari tahu kenapa Qina tiba-tiba pergi,” ujar Ikhwan panjang lebar. Dia tahu baik Ariq mahupun Qina, kedua-duanya saling sayang. Hanya yang dia tak faham, kenapa Qina tiba-tiba tinggalkan Ariq. Qina hilang macam debu. “Dia yang pergi, kenapa Ariq yang kena cari dia?” “Sebab dia masih isteri Ariq selagi Ariq tak lepaskan dia.” “Kalau dia rasa dia isteri Ariq, dia sepatutnya ada di sisi Ariq. Tapi mana dia dalam tujuh tahun ni?” Permintaan Ikhwan ringkas. Kalau dia mahu, sekarang juga dia boleh mencari Qina. Tapi kerana yang memilih untuk pergi itu Qina, dia tak mahu melakukan apa-apa. Tak peduli walau sejak Qina pergi hati dan hidupnya tak pernah tenang. “Jawapan tu cuma ada pada Qina. Sebab tu abang ngah suruh Ariq cari dia.” “Dia tipu Ariq,” luah Ariq dalam nada yang rendah. “Kita tak tahu apa sebenarnya yang dah berlaku pada Qina masa tu. Hidup atau mati dia pun kita pernah tahu sampai sekarang ni. Yang kita tahu, terus salahkan dia hanya sebab dia tinggalkan Ariq.” “Jadi abang ngah fikir, Ariq yang salah?” Ariq rasa hatinya sedikit panas. Yang meninggalkan dia itu, Qina. Tapi cara Ikhwan bercakap macamlah dia yang pergi senyap-senyap pada malam tujuh tahun lalu. “Abang ngah tak pernah salahkan Ariq sebab abang ngah kenal adik ipar abang ngah ni macam mana. Tapi Qina pun... kita tak tahu, dia salah atau betul Ariq. Sebab tu abang ngah suruh Ariq cari dia. Lepas dah tahu alasan dia, baru fikir nak terus simpan ikatan perkahwinan korang atau lepaskan supaya masing-masing ada hidup sendiri.” Kalau dia di tempat Ariq pun tak mudah untuknya. Tapi terus-terusan menunggu seperti sekarang ini pun tak akan menyelesaikan masalah. Ariq akan terus hanyut hidup dengan hati yang terluka. Qina sendiri... dia tak fikir yang isteri Ariq itu sedang hidup senang-lenang atau aman bahagia selepas meninggalkan Ariq tanpa sepatah kata pun. Bungkam. Ariq tak tahu hendak membalas apa. Baginya, siapa yang pergi dialah yang patut kembali. Bukan yang tinggal, yang perlu mencari jawapan. “Bagi peluang kat diri dan hati sendiri untuk hidup lebih tenang Ariq.” Ikhwan bangun. Apa yang hendak dikata, sudah pun dilontarkan. Selebihnya terpulang pada Ariq untuk membuat keputusan kerana ini kehidupan Ariq. Dia dan seluruh ahli keluarga mereka hanya boleh memberikan nasihat semata-mata. “Ariq tahu, abang ngah percaya Qina pergi bukan tanpa alasan sebab abang ngah dapat rasa yang Qina betul-betul sayangkan Ariq. Jadi Ariq, carilah Qina sampai jumpa.” #pengantintanpaisteri #aleeyaaneesa #ebookrecommendation #ebookrecommendations #ebooktiktok #ijjalyzabookstore
00:10Bila kakak kau kata perempuan yang dia nak kenalkan dengan kau sebijik macam isteri kau yang dah lari tinggalkan kau tujuh tahun dulu. Masak! 🌹 TEASER 2: PENGANTIN TANPA ISTERI “Kalau Ariq tak nak adik kawan along, saudara jauh abang ngah pun ada. Baik orangnya.” “Siapa Lina?” Kening Ikhwan berkerut. Ingin tahu. “Alah anak sepupu mak. Kalau tak salah namanya Dalila.” “Eh, bukan budak tu baru habis SPM ke?” “Lah... apa salahnya kalau baru habis SPM pun?” Ikhwan pandang Ariq, dia menahan ketawanya daripada terburai di hadapan Adlina yang nampak bersungguh dan Syifa yang masih mempamerkan air muka garang. “Angah pun agak-agaklah kalau ya pun. Ariq ni dah umur 30 tahun, tau? Bukan remaja baru nak kenal hidup.” “Dah tu Ariq nak yang umur 50 tahun ke?” jerkah Syifa sakit hati. Untuk pertanyaan bernada marah Syifa itu, ketawa Fawwaz dan Ikhwan meletus juga akhirnya. Bengkak hati Ariq mendengar dan melihat ketawa mereka. Sudahlah tak membantunya, kini mereka mengetawakannya pula. “Diam boleh tak?” Syifa pandang Fawwaz dan Ikhwan. Terus mulut suami dan adik iparnya tertutup rapat. Tak percaya ketika dia serius, mereka berdua masih ada hati melepaskan ketawa besar. Sedangkan Ariq yang melihat Fawwaz dan Ikhwan mula menikus, diam-diam mengangkat ibu jari ke arah mereka tanpa pengetahuan Syifa yang sudah pun bercekak pinggang. “Bukannya nak membantu, menyakitkan hati lagi ada,” rungut Syifa geram. “Syifa pun tak payahlah serius sangat. Ariq bukan budak kecil, kan?” Akhirnya Fawwaz berbunyi juga. Bukannya dia tak faham maksud pandangan Ariq. Dia faham kerana kalau dia di tempat adik iparnya itu pun dia tak suka jodohnya diatur-atur orang lain. Hanya saja dia memilih untuk menjadi pendengar dan pemerhati. Mahu melihat sejauh mana Syifa dan Adlina mahu memaksa adik mereka itu. Lagipun seperti mereka, dia pun mahu melihat Ariq hidup gembira dan bahagia. Cuma kalau Ariq kata tak mahu, tak perlu juga hendak dipaksa. “Habis tu you suka tengok Ariq layan luka dia sesorang?” “Bukanlah maksud I macam tu Syifa. I pun nak Ariq hidup bahagia juga. Ada keluarga sendiri. Tapi kalau dah Ariq tak nak, kita ni kenalah hormat keputusan dia,” ujar Fawwaz tenang. Berbelas-belas tahun hidup di sisi Syifa, dia tahu angin isterinya itu. “Tak payah kisahkan Ariqlah along. Ariq okeylah. Tak ada masalah apa pun.” “Ariq tak kesian kat ibu ke? Ingat ibu happy ke tengok Ariq terus hidup macam ni? Ibu sedih, tahu tak?” Tak mahu kalah, Syifa terus menyerang Ariq. “Ariq dah cakap pada ibu dah...” “Ariq tahu tak yang Ariq ni dah banyak buat ibu nangis?” “Syifa...” Kali ini Fawwaz rasa Syifa sedikit keterlaluan. Marah macam mana pun Syifa, tak sepatutnya isterinya itu menimbulkan rasa bersalah pada Ariq. Hidup Ariq itu sudah cukup sukar. Esok-esok kalau ditakdirkan Ariq berkahwin sekali lagi demi memuaskan hati semua orang dan Ariq akhirnya tak bahagia, siapa yang patut disalahkan? Doktor Indah yang sedih melihat kelukaan Ariq? Syifa yang terus-terusan mendesak Ariq berkahwin lagi? Atau... Adlina yang sekapal dengan Syifa? “I cakap benda betul, Fawwaz. Salah ke?” “I tak kata you salah. Tapi you tak rasa ke yang you sekarang ni macam tengah tabur garam atas luka Ariq?” “I tak maksud macam tu. You salah faham!” Ariq menyandarkan belakang badannya ke dinding sofa. Kata-kata Syifa tentang kesedihan Doktor Indah kerana dirinya, menimbulkan rasa bersalah dalam hatinya. “Along dan abang long tak payahlah gaduh. Kita nak tolong Ariq, kan?” “Adakah Ariq nampak macam perlu ditolong sekarang ni angah?” “Ariq cuba dulu, okey?” “Angah, tolonglah jangan paksa Ariq macam along. Ariq tak selesalah macam ni.” “Saudara abang ngah tu, gaya dan penampilan sebiji macam Qina...” #pengantintanpaisteri #aleeyaaneesa #ebookrecommendation #ebookrecommendations #ebooktiktok #ijjalyzabookstore
00:10#pengantintanpaisteri #aleeyaaneesa #ebookrecommendation #ebookrecommendations #ebooktiktok #ijjalyzabookstore 🌹 TEASER 1: PENGANTIN TANPA ISTERI “Dah tujuh tahun Ariq, sampai bila Ariq nak terus seksa diri sendiri macam ni?” “Ariq tak seksa diri Ariq, ibu. Ariq memang suka kerja Ariq sekarang ni. Tak ada kaitan dengan sesiapa atau apa-apa.” “Tapi dulu Ariq tak macam ni pun. Tapi sejak...” “Kita tak payah cakap fasal ni lagi boleh tak ibu? Nanti ibu stres berhari-hari,” potong Ariq pantas. Dalam diam dia mengira-ngira sendiri. Betul kata ibunya, tahun ini genap tujuh tahun. Cepat betul masa berlalu. Dia kadang-kadang terlupa soal masa. Tenggelam dalam kesibukan yang sengaja dicipta demi melupakan kelukaan di hati. “Ibu bukan stres Ariq. Kalau pun ibu stres, demi Ariq, demi anak-anak ibu, ibu tak kisah.” “Tapi Ariq tahu yang ibu sedih, kan?” “Ya, ibu sedih. Sedih tengok Ariq dah tak macam dulu.” “Ariq masih sama ibu. Tak ada apa pun yang berubah dan tak ada apa pun yang boleh mengubah Ariq,” sangkal Ariq cuba membela dirinya di mata Doktor Indah. “Ibu rasa dah sampai masa Ariq lupakan Qina.” “Ariq dan lupakan dia, ibu,” balas Ariq tenang. “Kalau betul Ariq dah lupakan Qina, kenapa Ariq jadi macam ni?” Ariq tunduk, hujung kakinya direnung lama. Seraut wajah Qina melintas matanya, lalu menggetarkan hatinya yang terasa sangat sepi. Entahkan rindu, entahkan benci, dia tak tahu. Hanya yang pasti Qina tak pernah meninggalkan hati dan ingatannya selepas banyak tahun masa berlalu. Selepas banyak cara dia lalui demi melepaskan Qina daripada menjadi bayang-bayangnya. “Macam mana Ariq dalam tujuh tahun kebelakangan ni ibu?” Rendah nada suara Ariq tapi sebak menderu-deru dalam hati Doktor Indah. Kesal kerana sebagai seorang doktor, dia telah merawat banyak pesakit dalam seumur hidupnya. Tapi sampai ke detik ini, dia tak pernah mampu merawat sekeping hati milik Ariq yang telah hancur. Kerana sakit Ariq, tak boleh dipulihkan dengan ubat-ubatan yang ada di klinik miliknya. Sakit Ariq sakit yang hanya boleh disembuhkan dengan masa. Tapi... tak ke tempoh tujuh tahun itu terlalu lama untuk Ariq? “Tolonglah kembalikan anak ibu yang dulu, Ariq.” Lain yang Ariq tanya, lain yang Doktor Indah jawab. Dia ibu Ariq. Dia tahu Ariq itu sejenis yang macam mana. Sehebat mana pun anaknya itu berlakon demi mendamaikan hatinya, Ariq tak mungkin berjaya. “Ariq masih anak ibu dan sampai mati pun Ariq tetap anak ibu. Hakikat itu tak akan berubah sampai bila-bila.” “Ibu nak anak ibu yang dulu. Yang tahu senyum dan ketawa dengan ikhlas kalau terhibur, bukan semata-mata sebab tak nak tengok ibu susah hati. Yang tahu rehat sungguh-sungguh bila penat, bukan sekadar nak jaga hati ibu. Yang tahu nangis bila sedih, bukan terus berlagak kuat depan ibu.” Keruh air muka Doktor Indah, Ariq renung lama. Rasa bersalah membelenggu dirinya. Lirih nada suara ibunya bukan tak sampai ke hatinya. Sampai, begitu dalam. Hanya saja, dia tak tahu bagaimana hendak mengembalikan Ariq yang itu bila dia sendiri pun tak pasti, masihkah hatinya ada padanya? “Kalau perlu kahwin, kahwinlah sekali lagi Ariq. Carilah semula gembira dan bahagia Ariq yang hilang.”
00:10“Mell, I minta maaf sebab I banyak sakitkan hati you sebelum ni. I janji lepas ni I tak akan abaikan you lagi. I akan berlaku adil pada you dan pada Adelia.” ~ Saif “Saif, kita tamatkan semuanya. I tak nak jadi perempuan yang desperate lagi. Harapkan you balas cinta I. I’m tired, Saif.”~ Mellissa Adakah Saif akan setuju cerai atau berusaha pujuk Mellissa untuk terus berada di sisinya? Bagaimana pula dengan Adelia, adakah dia akan mengalah pergi dari hidup Saif demi nak melihat Mellissa dan Saif kembali bersatu? Takdir mereka terus hidup berpoligami atau tidak, boleh dapatkan karya ini dalam bentuk digital ‘Ebook Isteri Kedua Saif Hadeef’. #ebooktiktokmalaysia #pbakl2024 #ebooktiktok #ijjalyzabookstore #ebookfaalynda #faalynda #ISTERIKEDUATUANSAIFHADEEF
00:10“Kak Mell, tak boleh ke kita berdamai? Tak perlu gaduh-gaduh macam ni lagi. Kalau Kak Mell nak Saif lebihkan hari balik rumah Kak Mell, Adel tak kisah. Adel ok.” ~ Adelia Sedar diri kedudukannya sebagai isteri kedua. Adelia rela mengalah. Dia tidak mahu dirinya jadi punca Mellissa dan Saif bergaduh. Dia tidak mahu Mellissa fikir dia cuba rampas dan bersaing untuk dapatkan perhatian Saif. “Kau tak payah acah-acah nampak baik, sucilah depan aku. Macamlah aku tak tahu niat busuk hati kau tu. Kau nak bersaing dengan aku kan untuk dapat rebut hati Saif?” ~ Mellissa Melihat perhatian Saif lebih pada Adelia membuatkan Mellissa rasa menyesal beri kebenaran pada Saif untuk berkahwin satu lagi dulu. Mellissa yakin Saif sudah jatuh cinta pada isteri keduanya itu. “Lewat malam baru muncul dalam bilik. You pergi tengok resort ke you pergi menyundal dengan perempuan murah tu kat luar?” ~ Mellissa “Mulut you jaga sikit, Mell. Perempuan murah yang you cakap tu pun isteri I. Perangai you tu pun jaga sikit kalau tak…” ~ Saif “I tak kisah perempuan tu nak tunjuk bahagia dengan you depan I. Sebab I yakin kebahagiaan you dengan dia tak akan bertahan lama.” ~ Mellissa “Just stop whatever you’re trying to do, Mell. You buatlah apa-apa pun kat hubungan kami, cinta I tetap teguh untuk Adelia.” ~ Saif Pengakuan cinta yang keluar dari mulut Saif buatkan hati Mellissa seperti ditoreh-toreh dengan pisau tajam. Sakit hati. Mellissa terluka, dia isteri pertama Saif. Sepatutnya dia lebih bahagia hidup dengan Saif. “Tell me the truth. Kenapa sayang makan pil tu? Sayang tak sudi ke nak lahirkan zuriat I?” ~ Saif “Tak… Tak… Bukan macam tu… Sebenarnya…” ~ Adelia “Don’t tell me, ini semua arahan mommy atau Mell?” ~ Saif Saif sedar yang dia bukan suami yang adil. Terutamanya adil pada Mellissa. Dia selalu lebihkan beri perhatian pada Adelia berbanding Mellisa. Dia tahu Mellissa terluka kerana sering diabaikan, ditinggalkan. “Mungkin Adelia reda hidup bermadu, tapi I tak. I tak nak berkongsi kasih, Saif. Jalan yang terbaik tolong lepaskan I, Saif.”~ Mellissa Permintaan Mellissa buatkan Saif semakin sedar orang yang paling banyak terluka selama ini adalah Mellissa. Dia menyesal layan Mellissa buruk sepanjang mereka jadi suami isteri. #ISTERIKEDUATUANSAIFHADEEF #faalynda #ebookfaalynda #ijjalyzabookstore #ebooktiktok #pbakl2024 #ebooktiktokmalaysia
00:10Dek satu kejadian malam ‘itu’, Tuan Saif Hadeef mengambil keputusan untuk menjadikan Adelia Erisa sebagai isteri keduanya. Adelia terpaksa terima keputusan lelaki itu dek desakan Datin Sakinah atas alasan mahu selamatkan nama baik keluarganya. “Mesti seronok kan hidup kau sekarang ni? Senang kata, kau bahagia sangat selepas berjaya rampas hak aku.” ~ Mellissa Adelia sedar berkahwin dengan lelaki berstatus suami orang bukan mudah. Banyak hati yang dia perlu jaga. Apatah lagi, dia tahu Nura Mellissa. Isteri pertama Saif, tidak ikhlas terima dia sebagai madu. #ISTERIKEDUATUANSAIFHADEEF #faalynda #ebookfaalynda #ijjalyzabookstore #ebooktiktok #pbakl2024 #ebooktiktokmalaysia
00:10“Awak tidur dengan siapa semalam?” Bilal bertanya sambil mula mendekati Dewi. Debaran di dada Dewi masih tak hilang. Cepat-cepat Dewi larikan pandangan ke arah lain. “Dengan Nek Ami.” “Saya ajelah suami yang malang, ditinggalkan isteri pada malam pertama kan?” sindir Bilal, dan Dewi memilih untuk diam. Hendak dijawab apa lagi? Terang-terang memang dia yang salah. #KupinangBestfriendUntukDaddyVOL1 #hanaefriena #hedynamicpublication #ebooktiktok #ijjalyzabookstore
00:10“Saya betul-betul setuju kahwin dengan uncle.” Dewi tekankan bicara, mahu yakinkan Bilal. “But, why?? Why now??” Suara Bilal seakan tertekan. Giliran panjang. Dewi hela nafas “Sebab saya tak nak Ara jauh daripada saya.” “Awak masih boleh jumpa dia, Dewi. Datang aje rumah kami nanti.” “Tak sama!” #KupinangBestfriendUntukDaddyVOL1 #hanaefriena #hedynamicpublication #ebooktiktok #ijjalyzabookstore
00:10Bila crush suami kau ingat kau orang gaji. Mahu Dewi tak angin.. 😆😆 “Orang gaji you ni memang buat kerja kasar macam ni ke, Bie?” tanya Rose, sambil tangan menyilang ke dada. Membulat biji mata Dewi. Terkejut Rose panggil Bilal dengan gelaran Bie, dah satu hal. Bertambah terkejut, bila Rose ingat dia orang gaji dekat dalam rumah ni. Ah, melampau! “Siapa orang gaji?” “Youlah. You orang gaji dekat dalam rumah ni kan?” Rose pandang Dewi dari atas hingga bawah. Yang buat Dewi makin sebal, pandangan Rose itu seakan jijik dengan dia. “Awak tak bagitahu dia ke, saya ni siapa?” Pandangan Dewi tertancap ke wajah Bilal. Bilal sandar tubuh dekat sofa. Berdeham sekali, Bilal terus cari wajah Rose. Dipandang si isteri yang dah mencuka, bersilih ganti dengan riak bingung Rose yang ketara tertanya-tanya akan kewujudan Dewi di situ. “Saya tanya ni, Bi. Dia tak tahu ke saya ni siapa dalam hidup awak?” Dewi menyoal keras. Duduk Rose terus tegak. “You panggil dia apa?” “Bi.” Selamba Dewi membalas. Apa Rose ingat dia seorang aje boleh gelarkan Bilal dengan gelaran ‘Bie’? Rose tu bukan sesiapa pun dalam hidup Bilal. Dia ni lainlah, dia isteri Bilal yang sah. “Hey, kenapa you nak panggil dia macam tu pula? You tu cuma oran..” Tak dan habis ayat, Bilal terus mencelah. Menyebabkan rahang Rose terasa seakan hendak tertanggal jatuh ke lantai. “She’s my wife, Rose.” “Who?” Laju Rose bertanya. “Perempuan yang you ingat orang gaji I ni. Sebenarnya.. dia isteri I.” Bilal membalas tenang. “You jangan bergurau, Bie. Bila masa pula you kahwin?” Rose pandang Bilal dengan riak pucat lesi. “I memang dah kahwin.” “Kenapa tak bagitahu I?” “Maaf, I lupa. Lagipun I buat majlis ringkas aje..” Bilal tahu hati Rose mesti sedang remuk sekarang ni. “Sampai hati you, Bie. You tahu selama ni I tunggu you. You kejam..” Tubir mata Rose berkaca-kaca. Kelihatan bahu Rose seakan mengendur. Seakan hilang semangat untuk terus hidup. “Rose..” Bilal cuba hendak memujuk, namun Rose terlebih dahulu capai tas tangan dan berlalu pergi. Pandang pemergian Rose, Bilal hembus nafas panjang. Wajah Dewi dipandang lama. Dia tak jangka pun Dewi yang akan muncul dekat ruang tamu ni. Yalah, yang disuruh bancuh air tu Badra. Alih-alih yang muncul adalah isteri sendiri pula. “Dia tu sepupu saya.” “Sepupu, tapi boleh bersentuhan dengan awak sampai macam tu? Awak tak pernah belajar subjek agama ke waktu sekolah dulu?” Pedas semburan Dewi. Bilal terkedu. Sejak bila Dewi lantang berkata-kata macam ni? #KupinangBestfriendUntukDaddyVOL1 #hanaefriena #hedynamicpublication #ebooktiktok #ijjalyzabookstore
00:10Bila mak bapak bawak haluan sendiri, apalah sangat budak umur 6 tahun tahu. Yang ni novel tau. 🍒TEASER 3: HIDUP BAIK-BAIK SAYANG “Abi...” panggil Aya tanpa memandang sedikit pada Faqih. Matanya tertancap di atas riba sendiri. Tepat ke arah bingkai gambar yang memuatkan muka Mutiara dan Aqi. Diusap-suap kedua-dua muka itu dengan tangan kecilnya. Kemudian, dibawa ke bibirnya dan dikucup penuh kasih. Faqih yang sedang melihat skrin telefon bimbit mengangkat muka. “Ada apa sayang?” tanyanya lembut. Ditatap sayang wajah putih merah milik Aya. Mata yang tiba-tiba tunak memandangnya, 100% milik Mutiara. Bibir yang tertutup rapat itu juga milik isteri kesayangannya itu. Yang hanya mengikut mukanya, rambut dan kening. “Kenapa umi dan Aqi tak duduk dengan kita?” Tenang air muka Faqih. Soalan itu bukan pertama kali terbit dari ulas bibir Aya. Acap kali dan setiap kali itu, hatinya tersentuh. Malah air muka penuh harap Aya sering buat rasa bersalahnya yang tak pernah padam, datang lagi. Ya, dialah yang bersalah walaupun ramai yang menyalahkan Mutiara atas apa yang mereka sekeluarga lalui kini. Hakikatnya, dia tak pernah menghalang Mutiara pergi. Dia tak cuba mempertahankan mahligai mereka. Bahkan dia langsung tak memikirkan Aya, juga Aqi yang ketika itu baru berumur dua tahun. Dan kini, dia sungguh-sungguh menyesal. Kalaulah dulu dia tak membenarkan Mutiara pergi, mungkin hati isterinya tak sekeras hari ini. Tapi soalnya, mana dia tahu segala-galanya akan jadi begini. Dia tak ada kuasa membaca hari esok! “Abi...” panggil Aya perlahan. Lebih perlahan dibandingkan panggilannya yang pertama tadi. “Sini sayang. Abi peluk Aya kuat-kuat.” Pantas Aya menggeleng. Terbuai-buai tocang dua yang terikat kemas di kepalanya. “Aya nak umi. Aya nak Aqi, abi. Aya rindu...” Faqih capai kedua-dua tangan Aya. Dibawa ke bibir dan dikucup lama. Kemudian mata sendu Aya ditentang lagi. Kasihan Aya, desis hati kecilnya. Dia telah berusaha selembut mungkin meletakkan Aya di atas katil sebaik saja sampai di rumah tadi. Harapannya, Aya akan tidur lena hingga ke pagi. Biar terus bermimpi indah dan lupa seketika pada Mutiara dan Aqi yang tak selalu ada di sisi. Tapi entah di mana silapnya, tangannya terlanggar buku cerita Aya. Dalam masa sekejapan, Aya terjaga dan hingga selewat ini pun tetap juga belum tidur. “Aya janganlah macam ni,” pujuk Faqih lembut. “Aya nak umi...” rintih Aya lirih. “Kita baru aje jumpa dengan umi dan Aqi tadi, kan?” “Aya tak puas abi. Aya nak jumpa umi dan Aqi lagi. Aqi dah makin pandai bercakap. Aya geram tengok pipi Aqi. Montel...” luah Aya polos. Makin kejap Faqih memeluk sekujur tubuh kecil itu. Hatinya tersayat mendengar kata-kata Aya. Dia tahu Aya jujur dengan apa yang dikata. Seorang kanak-kanak, tak mudah mereka-reka cerita. Tak sama dengan orang dewasa. Selalu menipu orang lain demi melindungi kelemahan sendiri. Macam dia, macam Mutiara! Tapi dibandingkan mereka berdua, Mutiara lebih tak jujur. Sekurang-kurangnya, dia tak pernah tak mengaku yang dia sayangkan isterinya itu. Bibirnya tak kaku demi menyebut ayat keramat itu. Manalah tahu, lambat-laun hati Mutiara sejuk juga. Sedangkan Mutiara, lebih pilih menayangkan muka kosong setiap kali berhadapan dengannya. Seakan-akan, mereka tak pernah berkongsi rasa yang sama selama ini. “Aya dah doa kat Allah?” Faqih cuba menggunakan pendekatan lain demi memujuk Aya. “Dah! Tapi... tetap juga umi dan Aqi tak tinggal dengan kita.”
TODO LO QUE TENGO QUE HACER🥺 TE UNO A WASSAP SI ME PASAS ESTE VIDEO POR INSTA: CARXLOSC #fyp
00:23TODO LO QUE TENGO QUE HACER🥺 TE UNO A WASSAP SI ME PASAS ESTE VIDEO POR INSTA: CARXLOSC #fyp
00:23Similar Talent
Hewan
@azizxyzzz19.41K
Followers
109
Videos
Blanch 🪩👼🏼☁️
@_blanch._18.43K
Followers
194
Videos
NANAMI
@verzon2418.37K
Followers
881
Videos
user02112324960
@nestianggra18.29K
Followers
0
Videos
❤️พี่ป๊อบ นิน้อง❤️
@pop_nan6318.02K
Followers
771
Videos
🧿👾
@reikaameliaaa17.93K
Followers
2
Videos
Zea.store
@aulia47sport17.71K
Followers
733
Videos
Tom & Jery store
@nhan_58017.29K
Followers
63
Videos
kittycaityz
@kittycaityz16.68K
Followers
786
Videos
Pauline Gomez
@_pauline.gomez_15.34K
Followers
41
Videos
Other Talent
บูมยัยคนสวย
@bbxxm_chr342.90K
Followers
467
Videos
Linda & Athena
@linda_athena280.01K
Followers
1.00K
Videos
Mohd.haroon..786
@mohdharoon131197.15K
Followers
101
Videos
mone
@saysamone2023193.16K
Followers
1.09K
Videos
Ths. Bs thú y Duyên🐩 🐯
@bstynguyenduyen189.01K
Followers
974
Videos
ScrubMamaG
@scrubmamag129.90K
Followers
1.30K
Videos
Yee Lay Cho
@yeelaycho106.67K
Followers
454
Videos
Lyd Billington
@lydbillington89.81K
Followers
319
Videos
võ minh quân 1985
@cuong2k5198569.79K
Followers
359
Videos
Mhaliii
@mhaliii53.85K
Followers
450
Videos