Introduction: This is a tiktok video published by ijjalyza. The video has now received more than 28 likes, 0 comments and 0 shares. It is deeply loved by fans. The following is the specific data and similar videos. Address, you can complete the operation on this page by clicking play or bookmarking the video.
Bila crush suami kau ingat kau orang gaji. Mahu Dewi tak angin.. 😆😆 “Orang gaji you ni memang buat kerja kasar macam ni ke, Bie?” tanya Rose, sambil tangan menyilang ke dada. Membulat biji mata Dewi. Terkejut Rose panggil Bilal dengan gelaran Bie, dah satu hal. Bertambah terkejut, bila Rose ingat dia orang gaji dekat dalam rumah ni. Ah, melampau! “Siapa orang gaji?” “Youlah. You orang gaji dekat dalam rumah ni kan?” Rose pandang Dewi dari atas hingga bawah. Yang buat Dewi makin sebal, pandangan Rose itu seakan jijik dengan dia. “Awak tak bagitahu dia ke, saya ni siapa?” Pandangan Dewi tertancap ke wajah Bilal. Bilal sandar tubuh dekat sofa. Berdeham sekali, Bilal terus cari wajah Rose. Dipandang si isteri yang dah mencuka, bersilih ganti dengan riak bingung Rose yang ketara tertanya-tanya akan kewujudan Dewi di situ. “Saya tanya ni, Bi. Dia tak tahu ke saya ni siapa dalam hidup awak?” Dewi menyoal keras. Duduk Rose terus tegak. “You panggil dia apa?” “Bi.” Selamba Dewi membalas. Apa Rose ingat dia seorang aje boleh gelarkan Bilal dengan gelaran ‘Bie’? Rose tu bukan sesiapa pun dalam hidup Bilal. Dia ni lainlah, dia isteri Bilal yang sah. “Hey, kenapa you nak panggil dia macam tu pula? You tu cuma oran..” Tak dan habis ayat, Bilal terus mencelah. Menyebabkan rahang Rose terasa seakan hendak tertanggal jatuh ke lantai. “She’s my wife, Rose.” “Who?” Laju Rose bertanya. “Perempuan yang you ingat orang gaji I ni. Sebenarnya.. dia isteri I.” Bilal membalas tenang. “You jangan bergurau, Bie. Bila masa pula you kahwin?” Rose pandang Bilal dengan riak pucat lesi. “I memang dah kahwin.” “Kenapa tak bagitahu I?” “Maaf, I lupa. Lagipun I buat majlis ringkas aje..” Bilal tahu hati Rose mesti sedang remuk sekarang ni. “Sampai hati you, Bie. You tahu selama ni I tunggu you. You kejam..” Tubir mata Rose berkaca-kaca. Kelihatan bahu Rose seakan mengendur. Seakan hilang semangat untuk terus hidup. “Rose..” Bilal cuba hendak memujuk, namun Rose terlebih dahulu capai tas tangan dan berlalu pergi. Pandang pemergian Rose, Bilal hembus nafas panjang. Wajah Dewi dipandang lama. Dia tak jangka pun Dewi yang akan muncul dekat ruang tamu ni. Yalah, yang disuruh bancuh air tu Badra. Alih-alih yang muncul adalah isteri sendiri pula. “Dia tu sepupu saya.” “Sepupu, tapi boleh bersentuhan dengan awak sampai macam tu? Awak tak pernah belajar subjek agama ke waktu sekolah dulu?” Pedas semburan Dewi. Bilal terkedu. Sejak bila Dewi lantang berkata-kata macam ni? #KupinangBestfriendUntukDaddyVOL1 #hanaefriena #hedynamicpublication #ebooktiktok #ijjalyzabookstore
Duration: 10 sPosted : Wed, 08 May 2024 18:04:25Views
1.0KDaily-
Likes
28Daily-
Comments
0Daily-
Shares
0Daily-
ER
2.68%Daily-
Latest Videos
Similar Videos
Watch moreMore Videos
Watch more