Introduction: This is a tiktok video published by ijjalyza. The video has now received more than 48 likes, 2 comments and 6 shares. It is deeply loved by fans. The following is the specific data and similar videos. Address, you can complete the operation on this page by clicking play or bookmarking the video.
Punyalah merajuk Si Ariq ni sebab Qina pergi tanpa alasan, sampai 7 tahun pun dia tak cari-cari juga. Nak tunggu sampai 7 keturunan ke macam mana ni? Lepas tu makan hati sesorang. Aduhai... 🌹 TEASER 3: PENGANTIN TANPA ISTERI “Ariq...” Mata Ariq ditentang lama. Bila kening adik iparnya itu terjongket, tanda bertanya tanpa suara, dia menarik nafas panjang sebelum melepaskannya perlahan. “Boleh kita bercakap dari hati ke hati? Sebagai dua orang lelaki dewasa yang dah matang?” “Maksud abang ngah?” “Ariq masih sayangkan Qina lepas dia tinggalkan Ariq?” tanya Ikhwan terus terang. Bukannya dia hendak sibukkan urusan peribadi Ariq. Tapi kerana mereka keluarga, kerana dia rasa tempoh tujuh tahun itu sudah begitu lama, lalu dia memilih untuk tahu apa yang ada dalam sekeping hati milik adik iparnya itu. “Kenapa abang ngah tiba-tiba tanya?” Ariq percaya, lambat-laun baik Ikhwan mahupun Fawwaz yang selalu diam seperti tak ambil tahu, akan bersuara juga. Kalau bukan hari ini, esok lusa itu pasti. “Sebab tempoh tujuh tahun tu terlalu lama untuk Ariq terus macam ni. Abang ngah rasa dah sampai masa Ariq cari Qina kalau Qina tetap tak nak muncul depan Ariq. Lepas tu Ariq bincang elok-elok dengan Qina. Cari tahu kenapa Qina tiba-tiba pergi,” ujar Ikhwan panjang lebar. Dia tahu baik Ariq mahupun Qina, kedua-duanya saling sayang. Hanya yang dia tak faham, kenapa Qina tiba-tiba tinggalkan Ariq. Qina hilang macam debu. “Dia yang pergi, kenapa Ariq yang kena cari dia?” “Sebab dia masih isteri Ariq selagi Ariq tak lepaskan dia.” “Kalau dia rasa dia isteri Ariq, dia sepatutnya ada di sisi Ariq. Tapi mana dia dalam tujuh tahun ni?” Permintaan Ikhwan ringkas. Kalau dia mahu, sekarang juga dia boleh mencari Qina. Tapi kerana yang memilih untuk pergi itu Qina, dia tak mahu melakukan apa-apa. Tak peduli walau sejak Qina pergi hati dan hidupnya tak pernah tenang. “Jawapan tu cuma ada pada Qina. Sebab tu abang ngah suruh Ariq cari dia.” “Dia tipu Ariq,” luah Ariq dalam nada yang rendah. “Kita tak tahu apa sebenarnya yang dah berlaku pada Qina masa tu. Hidup atau mati dia pun kita pernah tahu sampai sekarang ni. Yang kita tahu, terus salahkan dia hanya sebab dia tinggalkan Ariq.” “Jadi abang ngah fikir, Ariq yang salah?” Ariq rasa hatinya sedikit panas. Yang meninggalkan dia itu, Qina. Tapi cara Ikhwan bercakap macamlah dia yang pergi senyap-senyap pada malam tujuh tahun lalu. “Abang ngah tak pernah salahkan Ariq sebab abang ngah kenal adik ipar abang ngah ni macam mana. Tapi Qina pun... kita tak tahu, dia salah atau betul Ariq. Sebab tu abang ngah suruh Ariq cari dia. Lepas dah tahu alasan dia, baru fikir nak terus simpan ikatan perkahwinan korang atau lepaskan supaya masing-masing ada hidup sendiri.” Kalau dia di tempat Ariq pun tak mudah untuknya. Tapi terus-terusan menunggu seperti sekarang ini pun tak akan menyelesaikan masalah. Ariq akan terus hanyut hidup dengan hati yang terluka. Qina sendiri... dia tak fikir yang isteri Ariq itu sedang hidup senang-lenang atau aman bahagia selepas meninggalkan Ariq tanpa sepatah kata pun. Bungkam. Ariq tak tahu hendak membalas apa. Baginya, siapa yang pergi dialah yang patut kembali. Bukan yang tinggal, yang perlu mencari jawapan. “Bagi peluang kat diri dan hati sendiri untuk hidup lebih tenang Ariq.” Ikhwan bangun. Apa yang hendak dikata, sudah pun dilontarkan. Selebihnya terpulang pada Ariq untuk membuat keputusan kerana ini kehidupan Ariq. Dia dan seluruh ahli keluarga mereka hanya boleh memberikan nasihat semata-mata. “Ariq tahu, abang ngah percaya Qina pergi bukan tanpa alasan sebab abang ngah dapat rasa yang Qina betul-betul sayangkan Ariq. Jadi Ariq, carilah Qina sampai jumpa.” #pengantintanpaisteri #aleeyaaneesa #ebookrecommendation #ebookrecommendations #ebooktiktok #ijjalyzabookstore
Duration: 10 sPosted : Wed, 08 May 2024 23:34:42Views
6.1KDaily-
Likes
48Daily-
Comments
2Daily-
Shares
6Daily-
ER
0.92%Daily-
Latest Videos
Similar Videos
Watch moreMore Videos
Watch more