Introduction: This is a tiktok video published by ijjalyza. The video has now received more than 35 likes, 0 comments and 1 shares. It is deeply loved by fans. The following is the specific data and similar videos. Address, you can complete the operation on this page by clicking play or bookmarking the video.
Bila kakak kau kata perempuan yang dia nak kenalkan dengan kau sebijik macam isteri kau yang dah lari tinggalkan kau tujuh tahun dulu. Masak! 🌹 TEASER 2: PENGANTIN TANPA ISTERI “Kalau Ariq tak nak adik kawan along, saudara jauh abang ngah pun ada. Baik orangnya.” “Siapa Lina?” Kening Ikhwan berkerut. Ingin tahu. “Alah anak sepupu mak. Kalau tak salah namanya Dalila.” “Eh, bukan budak tu baru habis SPM ke?” “Lah... apa salahnya kalau baru habis SPM pun?” Ikhwan pandang Ariq, dia menahan ketawanya daripada terburai di hadapan Adlina yang nampak bersungguh dan Syifa yang masih mempamerkan air muka garang. “Angah pun agak-agaklah kalau ya pun. Ariq ni dah umur 30 tahun, tau? Bukan remaja baru nak kenal hidup.” “Dah tu Ariq nak yang umur 50 tahun ke?” jerkah Syifa sakit hati. Untuk pertanyaan bernada marah Syifa itu, ketawa Fawwaz dan Ikhwan meletus juga akhirnya. Bengkak hati Ariq mendengar dan melihat ketawa mereka. Sudahlah tak membantunya, kini mereka mengetawakannya pula. “Diam boleh tak?” Syifa pandang Fawwaz dan Ikhwan. Terus mulut suami dan adik iparnya tertutup rapat. Tak percaya ketika dia serius, mereka berdua masih ada hati melepaskan ketawa besar. Sedangkan Ariq yang melihat Fawwaz dan Ikhwan mula menikus, diam-diam mengangkat ibu jari ke arah mereka tanpa pengetahuan Syifa yang sudah pun bercekak pinggang. “Bukannya nak membantu, menyakitkan hati lagi ada,” rungut Syifa geram. “Syifa pun tak payahlah serius sangat. Ariq bukan budak kecil, kan?” Akhirnya Fawwaz berbunyi juga. Bukannya dia tak faham maksud pandangan Ariq. Dia faham kerana kalau dia di tempat adik iparnya itu pun dia tak suka jodohnya diatur-atur orang lain. Hanya saja dia memilih untuk menjadi pendengar dan pemerhati. Mahu melihat sejauh mana Syifa dan Adlina mahu memaksa adik mereka itu. Lagipun seperti mereka, dia pun mahu melihat Ariq hidup gembira dan bahagia. Cuma kalau Ariq kata tak mahu, tak perlu juga hendak dipaksa. “Habis tu you suka tengok Ariq layan luka dia sesorang?” “Bukanlah maksud I macam tu Syifa. I pun nak Ariq hidup bahagia juga. Ada keluarga sendiri. Tapi kalau dah Ariq tak nak, kita ni kenalah hormat keputusan dia,” ujar Fawwaz tenang. Berbelas-belas tahun hidup di sisi Syifa, dia tahu angin isterinya itu. “Tak payah kisahkan Ariqlah along. Ariq okeylah. Tak ada masalah apa pun.” “Ariq tak kesian kat ibu ke? Ingat ibu happy ke tengok Ariq terus hidup macam ni? Ibu sedih, tahu tak?” Tak mahu kalah, Syifa terus menyerang Ariq. “Ariq dah cakap pada ibu dah...” “Ariq tahu tak yang Ariq ni dah banyak buat ibu nangis?” “Syifa...” Kali ini Fawwaz rasa Syifa sedikit keterlaluan. Marah macam mana pun Syifa, tak sepatutnya isterinya itu menimbulkan rasa bersalah pada Ariq. Hidup Ariq itu sudah cukup sukar. Esok-esok kalau ditakdirkan Ariq berkahwin sekali lagi demi memuaskan hati semua orang dan Ariq akhirnya tak bahagia, siapa yang patut disalahkan? Doktor Indah yang sedih melihat kelukaan Ariq? Syifa yang terus-terusan mendesak Ariq berkahwin lagi? Atau... Adlina yang sekapal dengan Syifa? “I cakap benda betul, Fawwaz. Salah ke?” “I tak kata you salah. Tapi you tak rasa ke yang you sekarang ni macam tengah tabur garam atas luka Ariq?” “I tak maksud macam tu. You salah faham!” Ariq menyandarkan belakang badannya ke dinding sofa. Kata-kata Syifa tentang kesedihan Doktor Indah kerana dirinya, menimbulkan rasa bersalah dalam hatinya. “Along dan abang long tak payahlah gaduh. Kita nak tolong Ariq, kan?” “Adakah Ariq nampak macam perlu ditolong sekarang ni angah?” “Ariq cuba dulu, okey?” “Angah, tolonglah jangan paksa Ariq macam along. Ariq tak selesalah macam ni.” “Saudara abang ngah tu, gaya dan penampilan sebiji macam Qina...” #pengantintanpaisteri #aleeyaaneesa #ebookrecommendation #ebookrecommendations #ebooktiktok #ijjalyzabookstore
Duration: 10 sPosted : Wed, 08 May 2024 23:32:48Views
3.5KDaily-
Likes
35Daily-
Comments
0Daily-
Shares
1Daily-
ER
1.03%Daily-
Latest Videos
Similar Videos
Watch moreMore Videos
Watch more