Introduction: This is a tiktok video published by ijjalyza. The video has now received more than 17 likes, 0 comments and 0 shares. It is deeply loved by fans. The following is the specific data and similar videos. Address, you can complete the operation on this page by clicking play or bookmarking the video.
#pengantintanpaisteri #aleeyaaneesa #ebookrecommendation #ebookrecommendations #ebooktiktok #ijjalyzabookstore 🌹 TEASER 1: PENGANTIN TANPA ISTERI “Dah tujuh tahun Ariq, sampai bila Ariq nak terus seksa diri sendiri macam ni?” “Ariq tak seksa diri Ariq, ibu. Ariq memang suka kerja Ariq sekarang ni. Tak ada kaitan dengan sesiapa atau apa-apa.” “Tapi dulu Ariq tak macam ni pun. Tapi sejak...” “Kita tak payah cakap fasal ni lagi boleh tak ibu? Nanti ibu stres berhari-hari,” potong Ariq pantas. Dalam diam dia mengira-ngira sendiri. Betul kata ibunya, tahun ini genap tujuh tahun. Cepat betul masa berlalu. Dia kadang-kadang terlupa soal masa. Tenggelam dalam kesibukan yang sengaja dicipta demi melupakan kelukaan di hati. “Ibu bukan stres Ariq. Kalau pun ibu stres, demi Ariq, demi anak-anak ibu, ibu tak kisah.” “Tapi Ariq tahu yang ibu sedih, kan?” “Ya, ibu sedih. Sedih tengok Ariq dah tak macam dulu.” “Ariq masih sama ibu. Tak ada apa pun yang berubah dan tak ada apa pun yang boleh mengubah Ariq,” sangkal Ariq cuba membela dirinya di mata Doktor Indah. “Ibu rasa dah sampai masa Ariq lupakan Qina.” “Ariq dan lupakan dia, ibu,” balas Ariq tenang. “Kalau betul Ariq dah lupakan Qina, kenapa Ariq jadi macam ni?” Ariq tunduk, hujung kakinya direnung lama. Seraut wajah Qina melintas matanya, lalu menggetarkan hatinya yang terasa sangat sepi. Entahkan rindu, entahkan benci, dia tak tahu. Hanya yang pasti Qina tak pernah meninggalkan hati dan ingatannya selepas banyak tahun masa berlalu. Selepas banyak cara dia lalui demi melepaskan Qina daripada menjadi bayang-bayangnya. “Macam mana Ariq dalam tujuh tahun kebelakangan ni ibu?” Rendah nada suara Ariq tapi sebak menderu-deru dalam hati Doktor Indah. Kesal kerana sebagai seorang doktor, dia telah merawat banyak pesakit dalam seumur hidupnya. Tapi sampai ke detik ini, dia tak pernah mampu merawat sekeping hati milik Ariq yang telah hancur. Kerana sakit Ariq, tak boleh dipulihkan dengan ubat-ubatan yang ada di klinik miliknya. Sakit Ariq sakit yang hanya boleh disembuhkan dengan masa. Tapi... tak ke tempoh tujuh tahun itu terlalu lama untuk Ariq? “Tolonglah kembalikan anak ibu yang dulu, Ariq.” Lain yang Ariq tanya, lain yang Doktor Indah jawab. Dia ibu Ariq. Dia tahu Ariq itu sejenis yang macam mana. Sehebat mana pun anaknya itu berlakon demi mendamaikan hatinya, Ariq tak mungkin berjaya. “Ariq masih anak ibu dan sampai mati pun Ariq tetap anak ibu. Hakikat itu tak akan berubah sampai bila-bila.” “Ibu nak anak ibu yang dulu. Yang tahu senyum dan ketawa dengan ikhlas kalau terhibur, bukan semata-mata sebab tak nak tengok ibu susah hati. Yang tahu rehat sungguh-sungguh bila penat, bukan sekadar nak jaga hati ibu. Yang tahu nangis bila sedih, bukan terus berlagak kuat depan ibu.” Keruh air muka Doktor Indah, Ariq renung lama. Rasa bersalah membelenggu dirinya. Lirih nada suara ibunya bukan tak sampai ke hatinya. Sampai, begitu dalam. Hanya saja, dia tak tahu bagaimana hendak mengembalikan Ariq yang itu bila dia sendiri pun tak pasti, masihkah hatinya ada padanya? “Kalau perlu kahwin, kahwinlah sekali lagi Ariq. Carilah semula gembira dan bahagia Ariq yang hilang.”
Duration: 10 sPosted : Wed, 08 May 2024 23:30:44Views
669Daily-
Likes
17Daily-
Comments
0Daily-
Shares
0Daily-
ER
2.54%Daily-
Latest Videos
Similar Videos
Watch moreMore Videos
Watch more