TikTok E-commerce Data Analytics, Choose Tikmeta
Get Started
Introduction: This is a tiktok video published by ijjalyza. The video has now received more than 6 likes, 0 comments and 0 shares. It is deeply loved by fans. The following is the specific data and similar videos. Address, you can complete the operation on this page by clicking play or bookmarking the video.
Views
460Daily-
Likes
6Daily-
Comments
0Daily-
Shares
0Daily-
ER
1.30%Daily-
Latest Videos
rea.dy fi.le Lepas 7 tahun, akhirnya Qina jumpa juga dengan Ariq. Tapi Ariq yang sekarang langsung tak sama dengan Ariq yang dulu. Habislah kau Qina... 🌹 TEASER 6: PENGANTIN TANPA ISTERI “Kenalkan diri awak,” suruh Ariq serius. Tak ada senyum pada ulas bibirnya. Hanya matanya tajam menombak wajah pucat lesi yang nampak gementar. “Nama saya, nama saya... Qina Hasya binti Asyraf.” “Lagi?” tanya Ariq sambil mengetuk-ngetuk meja dengan jari telunjuknya. “Saya baru kerja di Basit Architect & Planner tiga bulan. Saya...” “Status awak?” potong Ariq pantas. Dia tak mahu tahu soal kerja kerana semua maklumat berkenaan kerja Qina ada dalam fail berwarna putih di hadapannya. Sebelum Qina masuk tadi semua sudah diteliti. “Maksud tuan?” Hati Qina rasa berdebar-debar. “Awak ni sebenarnya dah kahwin atau belum?” “Saya... saya dah kahwin tuan.” Tergagap-gagap Qina. Bertentang mata dengan Ariq saat ini tak ada langsung dalam fikirannya. Dia benar-benar belum bersedia. Soalan Ariq pula buat dia rasa seram sejuk, apalagi bila ditanya dengan riak wajah yang sangat serius. “Awak masih isteri orang atau bekas isteri orang?” Sinis air muka Ariq. Dia tahu dia nampak tak profesional bila berhadapan dengan Qina saat ini, bertanyakan soal peribadi melebih hal kerja. Tapi lantaklah! Dia tinggalkan syarikat lamanya dan dia datang ke syarikat ini, dengan satu tujuan... menyeksa Qina! Bukan untuk menjadi pekerja yang berdedikasi. “Masih isteri orang,” balas Qina dalam nada suara yang rendah. Dia terasa seperti hendak menangis kuat. Tahu, di mana hala tuju Ariq sebenarnya. Kalaulah dia tahu ini yang bakal dia hadap, dia tak akan mengikut arahan. Dia akan berhenti kerja 24 jam. Didenda atau dipenjarakan pun dia terima. Yang penting, dia dan Ariq tak perlu bertentang mata seperti saat ini. Sungguh, dia tak pernah bersedia untuk menghadapi situasi hari ini. “Tinggal dengan suami atau tinggal sendiri?” Ariq nampak betapa resahnya Qina. Tapi dia tak peduli. Lagi Qina menderita lagilah dia suka. Biar Qina tahu siapa sebenarnya dia, yang tak sempat Qina kenal. “Sendiri...” “Kenapa sendiri?” cantas Ariq pantas. Dia tahu soalan demi soalannya pada Qina kedengaran bodoh. Sudah tahu tetap mahu bertanya. Tapi kerana soalan bodohnya itu Qina nampak semakin menderita. Kalau bukan kerana berpaut pada kerusi, dia yakin Qina awal-awal lagi sudah tumbang. “Kalau tak ada apa-apa lagi tuan nak tanyakan atau cakapkan pasal kerja, saya minta diri dulu,” pinta Qina tenang. Jujurnya dia takut melihat Ariq dengan air muka yang tak pernah dilihat, sejak kenal suaminya itu dulu. Selebihnya, untuk detik ini dia tak sanggup berhadapan dengan Ariq. Dia rasa bersalah. Dia rasa sedih. Dia rasa malu. “Kenapa nak pergi cepat-cepat sangat? Sesi suai kenal kita tak habis lagi, kan?” Ariq bangun dari kerusi yang diduduki sejak tadi. Kemudian dia mengatur langkah laju menghampiri Qina. Berhenti di hadapan isterinya itu, makin tajam renungan matanya. Qina nampak lebih putih dibandingkan dulu. Badan Qina yang lebih kurus menampakkan tubuhnya yang langsing. Dagu isterinya itu kini lebih runcing. Saat matanya berpindah ke pipi Qina yang memerah nipis di kiri dan kanan, entah kenapa hatinya tiba-tiba terasa seperti ditikam pisau bertalu-talu. Dulu-dulu, Qina itu hanya mengenakan lip balm semata-mata. Hari ini, bibir Qina dioles warna merah bata. Qina nampak sangat bergaya! “Ni pipi kau merah, bibir kau merah, suami kau izinkan ke kau bersolek bagai ni pergi kerja?” Lain yang ingin ditanya, lain yang terkeluar dari bibir Ariq.
3.5K
65
6
ijjalyza
29 days ago
rea.dy fi.le Bila kau tak mampu nak bagi tahu suami kau yang korang ada anak. Dah enam tahun umur budak tu. Kau rasa... teruk! 🌹 TEASER 5: PENGANTIN TANPA ISTERI “Eyad tolak kawan dia sampai terseliuh tangan.” “Eyad tolak kawan dia?” Mata Qina terbuntang. Hajah Kesuma angguk dalam senyuman. Ikutkan dia tak mahu bercerita. Tak mahu menyusahkan hati Qina yang dia tahu tak tenang mana. Tapi kalau bukan dari mulutnya, anaknya itu akan tahu juga kerana Eyad bukan jenis pandai menyimpan rahsia. “Eyad bukan jenis garang macam tu, kan umi?” “Bukan Eyad yang mulakan. Kawan dia tu provoke dia.” “Apa yang kawan dia dah buat umi?” Dia mama Eyad. Dia tahu betul betapa Eyad itu jenis tenang. Tak mudah marah dan melatah, kecuali jika hatinya betul-betul sakit. “Kawan Eyad kata dia tak ada ayah. Eyad anak yatim sebab itulah ayah Eyad tak pernah ambil Eyad kat tadika.” “Dia kata Eyad anak yatim?” Qina garu kening yang tiba-tiba gatal. Cuba membayangkan berapa umur kawan Eyad itu. Kalau bukan enam tahun, mungkin lima atau empat tahun. “Tu yang Eyad marah tu. Dia dah cakap berkali-kali yang dia ada papa. Nama papa dia Syed Ariq Eshan tapi tetaplah kawan dia tu gelar dia anak yatim.” “Berapa umur kawan Eyad tu agaknya umi?” “Baya-baya Eyad jugalah. Kalau tujuh tahun mestilah dah masuk darjah satu.” “Tapi perangai macam boleh tahan ya?” “Budak-budak Qina. Bukan tahu soal betul atau salah. Main cakap aje apa yang dia fikir betul. Macam Eyad juga, kan?” “Tapi Eyad tak pernah cakap buruk pasal orang lain umi. Kalau bercerita pasal kawan-kawan dia, semuanya yang baik-baik. Semua orang pun dipuji-puji termasuk mak ayah kawan-kawan dia sekali. Tapi kenapa kawan dia layan dia macam tu?” Bukanlah dia hendak memenangkan Eyad sebab dia mama Eyad. Tidak. Eyad tolak kawan setadikanya, itu salah dan dia tak akan memutar-belitkan fakta demi memutihkan imej Eyad. Tapi apa yang kawan Eyad buat pun tak betul. “Itu sebab Qina dah didik Eyad dengan baik sejak kecil sebab tu Eyad nampak semua orang baik.” “Bukan Qina yang didik Eyad tapi umi sebab masa umi lebih banyak dengan dia dibandingkan Qina.” Bukannya dia sengaja membiarkan Hajah Kesuma menjaga Eyad. Tapi uminya itu yang beria-ia mahu Eyad tinggal di Kundasang. Tak sampai hati melihat dia yang terkejar-kejar menguruskan hidup sendiri, ketika itu. Asalnya dia membantah kerana Eyad itu anaknya. Tempat Eyad di sisinya. Hanya saja bila kerjanya kadang-kadang memaksa dia pulang lewat atau berada di luar kawasan, dia tak ada pilihan lain. Dia lebih percayakan uminya daripada pembantu rumah. “Eyad kata pada kawan dia yang papa dia kerja jauh. Kalau nak jumpa papa dia kena naik kapal terbang. Tapi kawan dia tetap ejek-ejek dia sampai dia hilang sabar.” “Akhirnya umi selesaikan macam mana pasal tu?” “Umi pergi sekolah, minta maaf sebab mak ayah kawan Eyad nak bawa kes Eyad tu ke balai polis.” “Lah... budak enam tahun punya cerita aje, kan?” “Terseliuh tangan budak tu. Kalau kita mak dia marah juga kita, kan?” “Qina minta maaf, umi susah sebab Eyad.” “Eyad tu siapa? Cucu umi, kan? Umi tak rasa susah sikit pun.” Qina mengeluh lemah. Meskipun uminya tak rasa disusahkan, tetaplah dia rasa bersalah kerana sebagai mama Eyad, sepatutnya dialah yang perlu menghadapi semua ini. Bukan uminya. “Sampai bila Qina nak terus berahsia tentang Eyad?” Seluar tidur Eyad, Qina capai. Diusap-usap sedikit sebelum dilipat kemas. “Umi kesian tengok Eyad tu Qina. Tak sampai hati bila dia tanya umi, papa dia sebenarnya ada kat mana?” “Belum masanya lagi umi,” ujar Qina rendah. “Bila masa yang sesuai tu Qina? Tahun depan Eyad dah nak masuk darjah satu. Umi percaya masa tu lagi banyak yang terpaksa Eyad hadap. Ada macam-macam hari dan aktiviti yang memerlukan Eyad bawa papa dia ke sekolah.” Retak seribu hati Qina. Dia faham apa maksud uminya. Malah dia lebih faham apa perasaan Eyad. Tapi dia pun tak ada jawapan untuk pertanyaan Hajah Kesuma kali ini. “Dah tujuh tahun Qina...” “Qina yang tinggalkan Ariq, umi. Tiba-tiba Qina bawa Eyad jumpa dia. #pengantintanpaisteri #aleyaaneesa
1.6K
32
0
ijjalyza
29 days ago
Bila anak kau tanya soalan yang tak sendiri tak ada jawapan. Rasa pipi macam kena tampar. 🌹 TEASER 4: PENGANTIN TANPA ISTERI Qina yang sedang mencedok nasi ke dalam mangkuk, pantas berpaling saat mendengar bunyi bersin di belakangnya. Melihat seraut wajah comel yang sedang tersenyum menampakkan lesung pipit di pipi kanan, dia mengetap bibir. “Mama tengah buat apa?” sapa suara kecil sambil mula mengatur langkah menghampiri mamanya. “Mama baru siap masak aje ni. Bersin lagi?” “Hidung Eyad rasa gatallah mama. Macam ada orang garu-garu dari dalam. Lepas tu ada air keluar sikit.” Qina tutup periuk yang masih berbaki dengan nasi. Terlebih masak dia hari ini. Kemudian mangkuk berisi nasi yang masih berasap kecil diletakkan di atas table top berwarna hitam. Dia menghampiri Eyad yang berdiri di sisi peti ais. Belakang tangan didekatkan dengan dahi Eyad. “Eyad demam ke mama?” tanya Eyad dengan riak takut. “Kalau Eyad demam kenapa?” Mata yang mula risau itu, ditatap kasih. Sengaja soalan Eyad tak dijawab, mengusik satu-satunya anak yang dia ada itu. Kepala berambut lurus lembut itu diusap-usap penuh kasih. Lega kerana suhu badan anaknya itu biasa-biasa saja walaupun sejak tadi, dia mendengar Eyad bersin beberapa kali. “Esok Eyad ada latihan nyanyi kat sekolah.” “Siapa suruh Eyad mandi hujan tadi? Mama dah kata jangan mandi, kan? Takut Eyad demam.” “Sesekali...” Eyad tersengih menampakkan gigi susunya yang masih tersusun elok, walaupun tiga hari lepas anaknya itu genap berusia enam tahun. Merenung mata yang nampak bercahaya itu, dia menarik nafas lega. Inilah dia kekuatannya dalam masa tujuh tahun kebelakangan ini. Kalau Eyad tak ada, dia sendiri tak tahu kehidupan jenis apa yang perlu dia jalani selepas meninggalkan Ariq pada malam yang baginya, durjana. “Apa agaknya yang abang tengah buat sekarang ni? Qina, rindu...” “Mama kata rindu. Rindu kat siapa?” Terkejut dengan soalan Eyad, Qina gigit bibir perlahan. Terlalu hanyut dibuai rindu pada Ariq buat dia tak sedar kata sudah terlepas di hadapan Eyad. “Ada ke mama sebut kata rindu tadi?” Eyad angguk, mengiakan pertanyaan mamanya itu. “Tak adalah. Eyad salah dengar tu. Mama sebut lainlah.” “Tapi mama cakap kat tepi telinga Eyad tadi.” Ketawa kecil Qina meletus. Sejujurnya, tak mudah menggula-gulakan Eyad. Anak itu kadang-kadang cara berfikir dan bercakap tak seperti usia yang sedang digalas. Kalau makin lama dihayati, setiap kata-katanya pula saling tak tumpah seperti Ariq. “Anak abang dah besar. Dah enam tahun,” bisik Qina sendu. “Mama?” Kali ini suara Eyad sedikit kuat. Matanya membulat merenung mamanya penuh minat. Ada tanda tanya besar di kepalanya. “Kenapa? Ariq tak sihat ke nak?” “Mama cakap pasal Eyad ke tadi?” “Mama ada sebut nama Eyad ke?” “Mama kata anak abang dah besar. Dah enam tahun.” Qina terasa seperti hendak menepuk mulut sendiri. Sepatutnya dia lebih berhati-hati bila berkata-kata. Tapi sungguh, dia tak tahu apa yang tak kena dengan dirinya sejak akhir-akhir ini. Ingatannya pada Ariq jadi semakin kuat. Dia sungguh-sungguh rindu. “Abang tu siapa mama?” Makin galau hati Qina. Tak tahu hendak menjawab apa pada Eyad. Dalam usia sekecil ini, Eyad tak akan mungkin memahami masalah orang dewasa. Dia takut akhirnya nanti, soalan demi soalan yang bakal Eyad tanyakan padanya. Tapi paling dia takut, Eyad bertanya kenapa dia meninggalkan Ariq sedangkan dia sangat sayangkan suaminya itu. “Siapa abang yang mama sebut tadi?” tanya Eyad seperti mendesak. #pengantintanpaisteri #aleyaaneesa #ebookrecommendation #ijjalyzabookstore #pbakl2024 #ebooktiktok
1.4K
29
1
ijjalyza
29 days ago
RAHSIA TULISAN TANGAN TERBONGKAR. 85-95% TEPAT. ADAKAH ANDA BETUL-BETUL KENAL ORANG DI SEKELILING ANDA? Hakikatnya, kebanyakan kita tidak memahami orang di sekeliling kita. Hatta suami/isteri yang telah berumah tangga lebih 10 tahun pun kita masih lagi tidak faham perangai dan karakter masing-masing. Ini menyebabkan banyak masalah komunikasi antara 👉 Suami Isteri 👉Anak-anak 👉Rakan Sekerja 👉Pekerja 👉Dan sebagainya Tapi, bagaimana nak mengenal seseorang itu secara mudah, cepat dan tepat? Senang sahaja! Dengan hanya menganalisa tulisan tangan mereka, kita dapat tahu karakter luaran dan dalaman mereka. Dengan memahami orang sekeliling kita, kita dapat hidup dengan lebih bahagia dan lebih merasakan empati terhadap orang-orang sekeliling kita. Sebab itulah saya menulis buku ini. Hanya dengan pelaburan kurang RM50, anda dapat belajar cara-cara untuk ‘scan’ tulisan tangan orang-orang di sekeliling anda. Antaranya perkara yang dapat dirungkaikan melalui tulisan tangan adalah: ✅ Kekuatan & Kelemahan Anda ✅ Faktor Penghalang Kejayaan Anda ✅ Permasalahan Kewangan Anda ✅ Tahap Kejujuran Seseorang ✅ Mengenal Personaliti Seseorang 7 KEBAIKAN ANALISIS TULISAN TANGAN Pemahaman tulisan tangan boleh membantu anda melalui kelebihan- kelebihannya: ✅ Kajian analisis tulisan tangan meletakkan anda berhubung dengan dunia baru dan menarik perkara yang berkaitan dengan potensi yang luar biasa ✅ Tulisan tangan anda memegang bukti kekuatan diri anda yang akan membantu anda untuk percaya pada diri sendiri. ✅ Keupayaan untuk menganalisis tulisan tangan boleh memberi anda pemahaman yang baru mengenai diri sendiri atau orang lain yang anda sayangi. ✅ Mengetahui kekuatan sebenar anda akan meletakkan pusat kawalan di tangan anda sendiri. ✅ Anda akan menemui mengapa anda tidak mempunyai rakan atau rakan kongsi atau seseorang yang anda suka atau disukai. ✅ Anda akan memahami kaedah yang anda gunakan untuk menangani masalah anda. ✅ Anda akan mengetahui bagaimana hubungan anda dengan orang lain – jika anda terlalu malu atau terlalu mendominasi; jika anda seorang pendiam atau peramah. Jadi, dapatkan buku yang membongkarkan rahsia karakter di sebalik tulisan tangan. Dilengkapi dengan sample/contoh-contoh tulisan untuk memudahkan pemahaman. 🌟Mengenali Diri Orang Lain Adalah Kebijaksanan. 🌟Mengenali Diri Sendiri Adalah Kebahagiaan.
536
5
0
ijjalyza
29 days ago
Similar Videos
Watch moreMore Videos
Watch more