Introduction: This is a tiktok video published by Mir Hazil. The video has now received more than 23 likes, 0 comments and 0 shares. It is deeply loved by fans. The following is the specific data and similar videos. Address, you can complete the operation on this page by clicking play or bookmarking the video.
Stres, depresi, merasa terasing, berbagai penyakit mental atau psikologis, kekerasan, penindasan, buli, penderaan dan seumpamanya - kini menjadi suatu fenomena yang bukan asing. Ia berlaku disekeliling kita, malah kita juga mungkin mengalaminya. Tidak seorang pun terlepas dari isu tekanan (stress); tetapi tidak semua yang terkena stres. Jiwa yang tidak harmoni (distress) atau penderitaan jiwa yang berpanjangan iaitu depresi - boleh hadir sebagai suatu penyakit kepada sesiapa sahaja. Menurut ilmuwan psikologi terkemuka, Mc Keon - Stres atau tekanan adalah gangguan mood, keadaan emosional yang berpanjangan yang menguasai seluruh proses mental (berpikir, perasaan dan perilaku) seseorang. Mendukung pernyataan diatas, pendapat lain mengatakan bahawa stres adalah suatu kondisi yang menekan seseorang sehingga menimbulkan rasa tidak senang dan rasa tak tenang serta menyebabkan subjek itu resah dan gelisah. Semua orang boleh mengalaminya - baik mereka yang termasuk golongan ekonomi tinggi, ekonomi menengah mahupun ekonomi rendah. Ini kerana manusia akan tiba ketikanya tidak mampu mengelak dari keadaan yang menekan atau penuh tekanan. Sebaliknya, walau bagaimana besarnya tenaga stres yang menekan itu, jika subjek itu dapat mengatasinya - maka stres tidak akan menyebabkan perubahan atau kelainan ketara, baik pada sistem fizikal maupun mental subjek. Dikatakan, orang yang mengalami gangguan mental kebanyakannya bukanlah mengalami penyakit mental tetapi mereka kebanyakannya mengalami sakit emosi dan isu kejiwaan. Kerana isu tekanan emosi atau jiwa ini, mental atau pemikiran mereka turut mengalami tekanan hingga menyebabkan berlakunya perubahan atau kelainan pada corak peribadi atau perlakuan mereka. Biasanya, penderita gangguan mental mengalami tekanan emosi atau masalah jiwa yang tidak mampu ditangani oleh diri mereka sendiri. Mereka yang mengalami isu stres ini berpotensi mendapat kesan terhadap salah satu atau kedua-dua aspek ini: 1. PSIKOSOMATIK @ JASMANIAH - FIZIKAL >> tekanan yang dialami menyebabkan hadirnya berbagai penyakit kepada sistem tubuh fizikal. Antara contoh penyakit akibat stres adalah seperti : >> Depresi >> Kanser >> Alergi >> Insomnia >> Masalah memori >> Masalah Seksual dan Reproduksi >> Masalah kehamilan. >> Masalah Jantung >> Strok >> Sakit kepala >> Kejang / sakit otot >> Gangguan Pencernaan >> Gangguan Makan - kuat / kurang makan >> Diabetes dan lain-lain Hampir setiap sistem tubuh terdedah kepada kesan stres yang tinggi. Sesetengah pendapat juga mengatakan bahawa kesan stres boleh mengakibatkan pelbagai lagi penyakit 'misteri' kepada tubuh. 2. PSIKOSIS @ RUHANIAH - EMOSI & MINDA >> impak tekanan yang membeku pada sistem minda dan emosi - yang akan mengubah sikap psikologi seseorang. Cara berfikir, cara bertindak, cara respon, cara bercakap, sikap perasaan dan sebagainya - bakal berubah dari personalitinya yang asal. . . STRES boleh menjadi PENYAKIT PSIKOLOGI atau FIZIKAL - rawat sebelum terlambat. Carilah penawarnya. Bukan UBAT PIL yang mahu ditelan.. tetapi kaedah yang membantu untuk pencegahannya dari berkembang. ZAMAN ini ZAMAN STRES! cari ANTIDOT nya!
Duration: 0 sPosted : Mon, 06 May 2024 11:30:01Views
383Daily-
Likes
23Daily-
Comments
0Daily-
Shares
0Daily-
ER
6.01%Daily-
Latest Videos
Similar Videos
Watch moreMore Videos
Watch more