Introduction: This is a tiktok video published by Mir Hazil. The video has now received more than 9 likes, 0 comments and 0 shares. It is deeply loved by fans. The following is the specific data and similar videos. Address, you can complete the operation on this page by clicking play or bookmarking the video.
BIPOLAR Memahami bahawa sesiapa sahaja berisiko akan gangguan bipolar, maka sebaiknya kita tingkatkan pemahaman dan kepekaan akan perubahan kualiti kestabilan emosi kita secara konsisten. Sebarang perubahan yang signifikan, haruslah kita ambil cakna untuk mencegah perkara yang lebih mudharat. Penting untuk mendapatkan diagnosis dari profesional kesihatan mental untuk memastikan penanganan yang tepat andai tiba tahap yang kita rasa langka atau luar dari kebiasaan. Tiada malunya bertanya akan sesuatu yang penting demi memastikan sesuatu isu agar tidaklah meneka-meneka dalam kesamaran. Penting terus memantau perubahan mood dan mengenal pasti tanda-tanda awal episod depresi atau mania. Fahami bahawa banyak faktor boleh menyebabkan seseorang menghadapi isu tekanan emosi hingga memberi kesan perubahan mood yang melantun. Jika ada isu, bina strategi pengurusan stres seperti latihan fizikal, teknik pernafasan, dan terapi boleh membantu mengurangkan kejadian episod bipolar. Jika tidak mampu menyusunnya sendiri, segera minta sokongan orang terdekat. Dan andai kita yang berada di kerusi tersebut (yang diminta bantuan), usahakan untuk bantu segera dan sebolehnya. Jangan beri alasan atau ambil ringan. Dalam beberapa kes, ubat-ubatan mood stabilizer dan antidepresan mungkin membantu andai telah diperskripsikan oleh doktor yang ditemui. Disiplinkan diri mengambil ubat-ubatan agar pencegahan dan penyembuhan dapat berlansung teratur. Tiada jalan pintas untuk sihat. Terima hakikat bahawa ada masanya kita perlu rehat dan dirawat. Penyembuhan kesihatan mental perlu melibatkan keluarga dan rakan sebagai sokongan penting. Usahakan sistem sokongan ini. Siapkannya walau belum ada yang menghadapi isu bipolar atau apa sahaja isu kesihatan mental atay jiwa. Sediakan payung sebelum hujan. Dan ingat, zaman kini semua keluarga pasti akan terkena isu tekanan emosi semada ceoat atau lambat. Gangguan bipolar memerlukan pendekatan holistik yang melibatkan aspek psikososial, perubahan gaya hidup, dan terapi. Belajar dan kuasai mana-mana teknik. Bersedia dari sekarang. Dengan sokongan yang sesuai dan penjagaan yang berterusan, individu dengan gangguan bipolar boleh menjalani kehidupan yang produktif dan bermakna semula. Setidaknya, jika sekarang kita bebas dari isu bipolar maka harapannya kita terus bebas dari isu bahaya ini. Penting untuk mencari bantuan profesional jika kita atau seseorang yang keluarga kita atau orang yang kita kenali mengalami gejala gangguan bipolar. Jangan ambil remeh. Wallahualam ps - di media sosial ramai psikopat yang tak tahu dia bipolar. mereka jadi mania bila tak ganggu hidup orang lain, maka mereka terus jadi toksid dengan jiwa kacau mereka. kasihan..
Duration: 10 sPosted : Wed, 01 May 2024 02:04:49Views
280Daily-
Likes
9Daily-
Comments
0Daily-
Shares
0Daily-
ER
3.21%Daily-
Latest Videos
Similar Videos
Watch moreMore Videos
Watch more