Introduction: This is a tiktok video published by Mir Hazil. The video has now received more than 55 likes, 0 comments and 1 shares. It is deeply loved by fans. The following is the specific data and similar videos. Address, you can complete the operation on this page by clicking play or bookmarking the video.
BIPOLAR Umumnya semua pernah mengalami suasana mood yang seronok, baik, gembira dan seumpamanya. Dan semua juga pernah mengalami suasana mood yang sedih, marah, murung atau sewaktu dengannya. Itulah sifat perasaan manusia dalam episod perjalanan hidup kita.. ada pasang surutnya. Akan tetapi, seseorang yang mengalami isu BIPOLAR akan menghadapi suasana ayunan perasaan (mood swings) yang ekstrim antara dua kutub itu tadi. Pola perasaannya berubah secara drastik dari mood yang tinggi ke mood yang rendah serta sebaliknya tanpa mampu dikawal atau disedari oleh penderitanya. Cendiakawan dan ahli fizik yang waras pun masih belum pasti alasannya.. apatah lagi mereka yang mengidapnya. Pun, ramai ilmuan sains manusia setuju ia merupakan kesan tekanan melampau emosi. Mungkin suatu masa dulu, GANGGUAN sebegini dianggap sebagai LINTASAN atau GANGGUAN MALHLUK HALUS. Berbagai istilah diberikan seperti gangguan sihir, lintasan, badi, keteguran dan sebagainya. Bila ada sahaja sikap emosi yang melantun-lantun kejap marah, kejap gelak, kejap nangis dan seumpamanya - ia dianggap gangguan syaitan. Miskipun aspek pandangan ini tidaklah semuanya salah, namun tidaklah juga semuanya sedemikian. Setiap kes mungkin berbeza. Di zaman yang mak-mak dan ayah-ayah moden terpelajar dan profesional, jawapan sedemikian akan dianggap stigma orang lama dan karut. Mereka memilih mencari alasan logik akannya. Maka, bertemulah pandangan-pandangan isu kesihatan psikologi dengan berbagai tema moden dan logik. Jawapan dan alasan yang lebih boleh diterima akan disandarkan. Apapun kiblat atau keyakinan ilmiah yang nak disandarkan, mungkin masing-masing ada betul dan ada salahnya. Kerana hakikatnya, diagnosis psikologi juga akan ada limitasi dalam mencapai rumus yang tepat. Masih ada ruang yang sains belum dapat menjawab segalanya. Untuk penderita gangguan, yang utama tentunya mencari solusi atau penawar. Maka, segalanya adalah ikhtiar untuk memulihara diri atau keluarga tersayang. IlmuNya amat luas, kita seharusnya lebihkan mengkaji dari menghukum. Belajar bersetuju untuk tidak setuju agar opsyen pilihan kita lebih luas dan berbagai. Ingat, salah satu cabaran diuji gangguan bipolar atau apa-!apa isu kesihatan mental adalah cabaran menerima hakikat kita ada isu tersebut. Sikap indenial akan ada, namun sikap terlalu cepat percaya juga harus disandarkan dengan fakta. Bagi mengesan gangguan bipolar, berikut adalah beberapa ciri-ciri yang perlu diperhatikan : 1. Depresi - Perasaan Sedih - Perasaan yang mendalam dan berterusan sedih. - Kelesuan - Kehilangan tenaga dan keletihan yang berterusan. - Gangguan Tidur - Masalah tidur yang melibatkan tidur berlebihan atau kurang tidur. - Perubahan Berat Badan - Kenaikan atau penurunan berat badan yang tiba-tiba. 2. Mania / manik - Kegembiraan Berlebihan - Perasaan euforia dan kegembiraan yang berlebihan. - Aktiviti yang Meningkat - Peningkatan aktiviti, perbualan cepat, dan pemikiran yang melompat-lompat. - Kurang Tidur - Kemampuan untuk berfungsi tanpa tidur yang mencukupi. - Perilaku Impulsif - Pengambilan risiko tinggi seperti pelaburan besar atau aktiviti seksual yang meningkat. Ada beberapa faktor dilihat sebagai pencetus bipolar, antaranya : 1. Genetik - Terdapat faktor genetik yang signifikan, dengan risiko lebih tinggi jika ada sejarah keluarga gangguan bipolar. 2. Tekanan dan Trauma - Pengalaman tekanan atau trauma emosional dalam hidup boleh memainkan peranan dalam memicu episod bipolar. 3. Gangguan Keseimbangan Kimia Otak - Ketidakseimbangan neurotransmitter seperti serotonin dan norepinefrin boleh menyumbang kepada gangguan bipolar. wallahualam
Duration: 10 sPosted : Tue, 30 Apr 2024 01:40:55Views
1.2KDaily-
Likes
55Daily-
Comments
0Daily-
Shares
1Daily-
ER
4.71%Daily-
Latest Videos
Similar Videos
Watch moreMore Videos
Watch more