TikTok E-commerce Data Analytics, Choose Tikmeta
Get Started
Introduction: This is a tiktok video published by Mir Hazil. The video has now received more than 62 likes, 3 comments and 2 shares. It is deeply loved by fans. The following is the specific data and similar videos. Address, you can complete the operation on this page by clicking play or bookmarking the video.
Views
894Daily-
Likes
62Daily-
Comments
3Daily-
Shares
2Daily-
ER
7.49%Daily-
Latest Videos
KESIHATAN MENTAL Menurut data analisa kajian 7 tahun lalu, pada tahun 2015, kes-kes gangguan kesihatan mental yang memerlukan rawatan psikoterapi dianggarkan telah dihadapi seramai 586 juta individu di seluruh dunia. Masalah gangguan kemurungan (depressive disorders) telah dialami seramai 322 juta orang, dengan peningkatan sebanyak 18.4% berbanding tahun 2005. Manakala gangguan kebimbangan (anxiety disorders) pula mencatatkan sejumlah 264 juta orang yang mengalaminya, dengan peningkatan sebanyak 14.9% berbanding tahun 2005. Kemurungan atau depresi dan kebimbangan atau enzieti dicatatkan sebagai dua penyumbang terbesar kepada masalah kesihatan mental di seluruh dunia. Dan ia data 2015! Sebelum pasca pandemik 2019. Di Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia menganggarkan satu daripada empat individu didapati mengalami masalah gangguan mental dalam satu ketika. 1 dari 4 !! Seolah seorang dari setiap keluarga!! Namun, hanya dua pertiga daripada jumlah tersebut berusaha untuk mendapatkan rawatan daripada pakar kesihatan. Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan menunjukkan seramai 4.2 juta rakyat Malaysia yang berusia 16 tahun ke atas, atau 29.2 peratus populasi negara menghidap pelbagai masalah mental. Jumlah tersebut menunjukkan satu daripada tiga orang masyarakat Malaysia mengalami masalah kesihatan mental. 1 dari 3 !!! Potensi seorang dari setiap keluarga! Dalam konteks lebih khusus, kaum wanita adalah golongan paling berisiko tinggi yang berkemungkinan mengalami masalah berkenaan. 1 dari 3 atau 4 tadi potensi besarnya seorang wanita! Mungkin nenek, ibu, isteri, makcik, kakak, adik atau anak perempuan kita. Dan data KKM ini adalah September 2019, sebelum covid dan efeknya pada kesihatan mental semasa dan selepas pandemik. Kesihatan MENTAL Sakit mental bukanlah terdiri dari satu jenis penyakit sahaja. Ada banyak dan pelbagai variannya. Macam-macam jenis "disorder"!! Hingga seolah bercambah baka-baka baru padanya. Semakin banyak label-label baru yang namanya berbinkan "disorder" untuk isu-isu sakit mental muncul. Bagaimanapun, secara keluarga besar penyakit mental boleh dibahagikan kepada 3 kumpulan utama: 1. NEUROSIS Mereka yang tergolong di dalam kumpulan ini lazimnya mengalami perubahan dan gangguan di dalam pemikiran, perasaan dan kelakuan tanpa menjejaskan kewarasan mereka. Individu yang mengalami penyakit neurosis selalunya sedar akan keadaan kesihatan mereka. Sesiapa sahaja boleh mengalaminya terutamanya orang dewasa. Contohnya stres yang berlebihan dan berpanjangan hingga menyebabkan fungsi harian mereka mungkin terjejas atau terganggu sedikit. Antara contoh penyakit neurosis adalah : a. Kemurungan Kemurungan adalah episod kesedihan yang melampau dan berpanjangan. Miskipun sedih adalah suatu perasaan yang normal untuk dialami. Akan tetapi jika perasaan sedih itu terlalu berat untuk ditanggung dan berpanjangan melebihi tempoh 2 minggu serta mengganggu rutin kehidupan seharian maka ia bukanlah kesedihan yang lazim lagi tetapi merupakan suatu penyakit kemurungan. b. Kebimbangan Penyakit ini digejalai oleh perasaan risau atau bimbang yang hadir bersama-sama rasa resah dan gelisah. Seseorang yang enzieti akan berasa tertekan, tegang, panik, berpeluh, berdebar-debar, kwcut perut dan berasa takut melampau akan sesuatu bahaya yang mereka tidak ketahui punca atau kesahihannya. Semua kita berpeluang untuk mengalami salah satu atau kedua-dua isu NEUROSIS ini. Kita tak akan terlepas dari ancamannya. Bahaya jika tidak merawatinya, lebih bahaya jika tidak kenal akannya. Isu tekanan emosi boleh menjadi penyakit jiwa! bersambung..
319
30
0
Mir Hazil
11 days ago
Stres, depresi, merasa terasing, berbagai penyakit mental atau psikologis, kekerasan, penindasan, buli, penderaan dan seumpamanya - kini menjadi suatu fenomena yang bukan asing. Ia berlaku disekeliling kita, malah kita juga mungkin mengalaminya. Tidak seorang pun terlepas dari isu tekanan (stress); tetapi tidak semua yang terkena stres. Jiwa yang tidak harmoni (distress) atau penderitaan jiwa yang berpanjangan iaitu depresi - boleh hadir sebagai suatu penyakit kepada sesiapa sahaja. Menurut ilmuwan psikologi terkemuka, Mc Keon - Stres atau tekanan adalah gangguan mood, keadaan emosional yang berpanjangan yang menguasai seluruh proses mental (berpikir, perasaan dan perilaku) seseorang. Mendukung pernyataan diatas, pendapat lain mengatakan bahawa stres adalah suatu kondisi yang menekan seseorang sehingga menimbulkan rasa tidak senang dan rasa tak tenang serta menyebabkan subjek itu resah dan gelisah. Semua orang boleh mengalaminya - baik mereka yang termasuk golongan ekonomi tinggi, ekonomi menengah mahupun ekonomi rendah. Ini kerana manusia akan tiba ketikanya tidak mampu mengelak dari keadaan yang menekan atau penuh tekanan. Sebaliknya, walau bagaimana besarnya tenaga stres yang menekan itu, jika subjek itu dapat mengatasinya - maka stres tidak akan menyebabkan perubahan atau kelainan ketara, baik pada sistem fizikal maupun mental subjek. Dikatakan, orang yang mengalami gangguan mental kebanyakannya bukanlah mengalami penyakit mental tetapi mereka kebanyakannya mengalami sakit emosi dan isu kejiwaan. Kerana isu tekanan emosi atau jiwa ini, mental atau pemikiran mereka turut mengalami tekanan hingga menyebabkan berlakunya perubahan atau kelainan pada corak peribadi atau perlakuan mereka. Biasanya, penderita gangguan mental mengalami tekanan emosi atau masalah jiwa yang tidak mampu ditangani oleh diri mereka sendiri. Mereka yang mengalami isu stres ini berpotensi mendapat kesan terhadap salah satu atau kedua-dua aspek ini: 1. PSIKOSOMATIK @ JASMANIAH - FIZIKAL >> tekanan yang dialami menyebabkan hadirnya berbagai penyakit kepada sistem tubuh fizikal. Antara contoh penyakit akibat stres adalah seperti : >> Depresi >> Kanser >> Alergi >> Insomnia >> Masalah memori >> Masalah Seksual dan Reproduksi >> Masalah kehamilan. >> Masalah Jantung >> Strok >> Sakit kepala >> Kejang / sakit otot >> Gangguan Pencernaan >> Gangguan Makan - kuat / kurang makan >> Diabetes dan lain-lain Hampir setiap sistem tubuh terdedah kepada kesan stres yang tinggi. Sesetengah pendapat juga mengatakan bahawa kesan stres boleh mengakibatkan pelbagai lagi penyakit 'misteri' kepada tubuh. 2. PSIKOSIS @ RUHANIAH - EMOSI & MINDA >> impak tekanan yang membeku pada sistem minda dan emosi - yang akan mengubah sikap psikologi seseorang. Cara berfikir, cara bertindak, cara respon, cara bercakap, sikap perasaan dan sebagainya - bakal berubah dari personalitinya yang asal. . . STRES boleh menjadi PENYAKIT PSIKOLOGI atau FIZIKAL - rawat sebelum terlambat. Carilah penawarnya. Bukan UBAT PIL yang mahu ditelan.. tetapi kaedah yang membantu untuk pencegahannya dari berkembang. ZAMAN ini ZAMAN STRES! cari ANTIDOT nya!
330
23
0
Mir Hazil
11 days ago
Similar Videos
Watch moreMore Videos
Watch more