Introduction: This is a tiktok video published by Rafidah Ibrahim. The video has now received more than 866 likes, 14 comments and 42 shares. It is deeply loved by fans. The following is the specific data and similar videos. Address, you can complete the operation on this page by clicking play or bookmarking the video.
Bersabar je la kan.. .. "Demi Allah tidak beriman seseorang. Tidak beriman seseorang dan tidak beriman seseorang. Baginda ditanya: Siapakah orang tersebut wahai Rasulullah SAW? Baginda bersaba : Orang yang mana jirannya tidak merasa aman dari keburukannya (yang dilakukan)." Riwayat al-Bukhari no 6016 Daripada Abi Syuraih RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berbuat baik kepada jirannya.” [Riwayat Muslim (77)] Daripada Abdillah bin ‘Amr RA, bahawa Nabi SAW bersabda: “Sebaik-baik teman di sisi Allah adalah seseorang yang terbaik terhadap temannya. Manakala sebaik-baik jiran di sisi Allah adalah seorang yang paling baik dengan jirannya. [Riwayat al-Tirmizi (1944)][Imam al-Tirmizi menilai hadith ini sebagai hasan gharib] Daripada Ibn Umar R.anhuma, bahawa Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya: “Jibril sentiasa berwasiat kepadaku agar berlaku baik kepada jiran sehingga aku menyangka bahawa jiran itu akan mewarisi hartaku.” [Riwayat al-Bukhari (6015)] Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Tidak akan masuk syurga, orang yang membuat jirannya tidak merasa aman daripada gangguannya.” [Riwayat Muslim (73)] Di dalam hadith yang lain pula, juga daripada Abu Hurairah RA berkata: "Telah berkata seorang lelaki kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah SAW, sesungguhnya wanita ini terkenal dengan banyaknya solat, berpuasa dan bersedekah tetapi dia sentiasa menyakiti jirannya dengan lidahnya.” Lalu Nabi SAW bersabda: “Dia akan masuk ke dalam neraka.” [Riwayat Ahmad (9675)][Sanadnya adalah hasan berdasarkan penilaian daripada Syeikh Syu’aib al-Arna’outh] Salam sahabat yang dikasihi. pertanyaan hukum dan dalil selayaknya ditanya pada Ulamak/ustaz/guru. Merekalah tempat sebenar benar rujukan. Artis/selebriti/influencer sekadar mencetus minat anda untuk mendalami sesuatu. Betulkan yang biasa, biasakan yang betul.. Rapatkan saf bersama para ulama dan Asatizah. Andai terasa kata di hati Mohon maaf sepuluh jari Fida juga pendosa... #rasulullah #rafidahibrahim #hadis #semogabermanfaat #dawah #doa #jiran #adabberjiran #gaduhdenganjiran
Duration: 12 sPosted : Tue, 02 Apr 2024 03:15:56Views
20.3KDaily-
Likes
866Daily-
Comments
14Daily-
Shares
42Daily-
ER
4.54%Daily-
Latest Videos
Similar Videos
Watch moreMore Videos
Watch more