Introduction: This is a tiktok video published by Farah Farhana. The video has now received more than 70 likes, 6 comments and 20 shares. It is deeply loved by fans. The following is the specific data and similar videos. Address, you can complete the operation on this page by clicking play or bookmarking the video.
Teluk Intan: Warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal ke atas kanak-kanak perempuan yang juga cucu tirinya, Disember tahun lalu. Tertuduh berusia 63 tahun membuat pengakuan itu sebaik sahaja pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Intan Nurul Farena Zainal Abidin. Mengikut pertuduhan, penganggur itu didakwa melakukan amang seksual terhadap mangsa yang ketika itu berusia 11 tahun di dalam sebuah bilik di Hilir Perak, jam 8 pagi, 24 Disember tahun lalu. Berikutan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan. Timbalan Pendakwa Raya R Rishan Kumar menawarkan jaminan RM15,000 serta syarat tambahan supaya tertuduh tidak mengganggu mangsa sehingga kes selesai. Peguam Jude Pereira merayu kepada mahkamah supaya wang jaminan dikurangkan mengambil kira anak guamnya sudah berhenti kerja sebagai pemandu teksi, tiada punca pendapatan dan perlu menanggung kos rawatan isterinya di hospital kerana penyakit kanser. Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin, syarat tambahan tidak mengganggu mangsa serta melaporkan diri di balai polis berhampiran sebulan sekali. Mahkamah juga menetapkan 28 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen.
Duration: 26 sPosted : Fri, 26 Apr 2024 07:44:40Views
10.4KDaily-
Likes
70Daily-
Comments
6Daily-
Shares
20Daily-
ER
0.92%Daily-
Latest Videos
Similar Videos
Watch moreMore Videos
Watch more