Introduction: This is a tiktok video published by Ustazah Asma' Harun. The video has now received more than 202 likes, 2 comments and 4 shares. It is deeply loved by fans. The following is the specific data and similar videos. Address, you can complete the operation on this page by clicking play or bookmarking the video.
TAKZIAH BUAT KELUARGA 10 MANGSA PERAJURIT TLDM NEGARA DALAM NAHAS HELIKOPTER YANG TELAH PERGI, SUNGGUH UJIAN INI AMAT BERAT ๐ข Seluruh rakyat Malaysia merasa hiba dan terkejut dengan berita nahas helikopter yang melibatkan 10 perajurit TLDM. 2 Helikopter milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedang menjalani latihan lintas hormat sempena sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 di udara Kem Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak. 2 helikopter tersebut berlepas dari padang Setiawan, Perak pada pukul 9.03 pagi tadi (23/4/2023) kedua-duanya saling bertembung dan salah satunya terhempas di kolam renang Kompleks Sukan TLDM Lumut, manakala satu lagi terhempas di tangga Stadium TLDM Lumut. Allahu Akbar ๐ข ุฅููููุง ููููููู ููุฅููููุง ุฅููููููู ุฑูุงุฌูุนูููู Maksudnya: โSesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya kami dikembalikan.โ Takziah diucapkan buat seluruh ahli keluarga 10 mangsa kejadian, semoga terus tabah dengan ujian berat ini, semua pasti ada hikmah. Sayu dan pilu bila membaca satu demi satu nama perajurit TLDM di bawah, mereka pastinya Ibu juga ayah kepada anak-anak yang mereka sayangi. Semoga ia sebuah kepulangan Husnul Khatimah dan berkumpul kembali sekeluarga di Syurga Firdaus tanpa dihisab dan diazab. Begitu juga didoakan buat seluruh keluarga diberikan ganjaran Syurga atas kesabaran ujian kehilangan ahli keluarga dan berkumpul semula di Syurga Allah.Ameen ๐ข๐คฒ๐ป 10 PERAJURIT YANG TERKORBAN DALAM NAHAS TERSEBUT : 1) Kdr Muhammad Firdaus bin Ramli 2) Lt Kdr Wan Rezaudeen Kamal bin Wan Zainal Abidin 3) Lt Kdr Mohammad Amirulfaris bin Mohamad Marzukhi 4) PW II TLR (AQM) Muhammad Faisol bin Tamadun 5) PW II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy 6) BM TNL Noor Rahiza binti Anuar 7) LK I JJM Joanna Felicia anak Rohna 8 ) Kdr Muhamad Amir bin Mohamad 9) Lt Sivasutan a/l Thanjappan 10) PW II TMK Mohd Shahrizan bin Mohd Termizi. MOGA MEREKA SEMUA DIKURNIAKAN ALLAH SYAHID AKHIRAT ๐คฒ๐ป Diharapkan kesemua mereka dikurniakan syahid di akhirat seperti yang disebut di dalam hadis Nabi Muhammad SAW iaitu (Sahib al-Hadm) orang yang ditimpa runtuhan. Kalimah al-Hadm juga boleh kita fahami dengan makna himpitan, berlaku pertembungan atau kemalangan. Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA: ุงูุดููููุฏูุงุกู ุฎูู ูุณูุฉู ุงููู ูุทูุนูููู ููุงููู ูุจูุทูููู ููุงููุบูุฑูููู ููุตูุงุญูุจู ุงููููุฏูู ู ููุงูุดูููููุฏู ููู ุณูุจูููู ุงูููููู Maksudnya: โOrang yang mati syahid lima golongan iaitu orang yang mati kerana taun, mati kerana penyakit perut, mati lemas, ditimpa runtuhan dan syahid di jalan Allah.โ (HR al-Bukhari, hadis sahih) Tuan Puan, sedikit peringatan buat kita semua, sebarang penyebaran gambar atau video yang terlibat nahas pesawat ini sememangnya mendatangkan kesedihan, kerana itu kita HARAM MENYEBARKAN SEBARANG GAMBAR ATAU VIDEO YANG MEMBERI AIB KEPADA ARWAH dan menambah kesedihan kepada keluarga mereka. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW, ููููู ุงููู ูุณูููู ู ุนูููู ุงููู ูุณูููู ู ุญูุฑูุงู ูุ ุฏูู ูููุ ููู ูุงููููุ ููุนูุฑูุถููู Maksudnya: โHak setiap muslim ke atas muslim yang lain adalah haram (baginya mencerobohi) maruahnya, hartanya dan darahnyaโ. (HR Muslim, hadis sahih) Boleh baca lebih lanjut berkaitan ini melalui Portal Rasmi Mufti Wilayah Persekutuan tentang kupasan โHukum menyebarkan gambar mayat orang yang telah meninggal duniaโ๐๐ป https://www.muftiwp.gov.my/ar/artikel/irsyad-hukum/irsyad-fatwa-umum/4538-irsyad-al-fatwa-siri-ke-519-hukum-menyebarkan-gambar-mayat-orang-yang-telah-meninggal-dunia Mari kita doakan semoga musibah seperti ini tiada lagi kemalangan jiwa yang berlaku, sungguh ujian ini sangat berat untuk dilalui. Semoga mangsa yang telah pergi dikurniakan Allah husnul Khotimah dan tergolong bersama golongan yang beriman dan beramal soleh. Allahumma aamiin ๐คฒ Mudah-mudahan kita semua bersatu kembali di Syurga Allah SWT serta diberi kekuatan dan dimudahkan segala urusan. Terus bersangka baik dengan Allah SWT, pasti ada hikmah di sebalik semua yang berlaku, InsyaAllah. โ๐น Asmaโ binti Harun & Tim Penyelidikan #UAHSahabatDuniaAkhirat
Duration: 0 sPosted : Wed, 24 Apr 2024 06:32:53Views
6.3KDaily-
Likes
202Daily-
Comments
2Daily-
Shares
4Daily-
ER
3.32%Daily-
Latest Videos
Similar Videos
Watch moreMore Videos
Watch more