Introduction: This is a tiktok video published by Ustazah Asma' Harun. The video has now received more than 647 likes, 7 comments and 58 shares. It is deeply loved by fans. The following is the specific data and similar videos. Address, you can complete the operation on this page by clicking play or bookmarking the video.
Mari kita sama-sama hayati, ceritakan pada anak-anak, keluarga tercinta dan semua sahabat. Mudah-mudahan rasa cinta kepada sirah Nabi Muhammad SAW terus mekar dalam jiwa kita semua. ๐ท๐คฒ๐ป 1) TAHUN PERTAMA HIJRAH: KELAHIRAN ABDULLAH BIN ZUBAIR RA ๐ธNama lengkap Abdullah bin Zubair bin Al -โAwwam bin Khuwailid bin Asas bin Abdul โUzza bin Qushay Al Asadi. Beliau juga dipanggil dengan sebutan Abu Bakar dan ada pula yang menyebutnya Abu Khubaib. ๐ธAbdullah bin Zubair atau Ibnu Zubair adalah anak kepada Zubair bin Awwam dan Asma binti Abu Bakar. Zubair juga anak saudara kepada isteri pertama Nabi Muhammad SAW iaitu Siti Khadijah. ๐ธBeliau adalah bayi pertama muhajirin yang dilahirkan di Madinah. Di dalam satu kisah yang diceritakan oleh Saidatina Asmaโ ketika mana beliau mengandungkan Abdullah Bin Zubair. Kata beliau : ููุฎูุฑูุฌูุชู ููุฃูููุง ู ูุชูู ูู ููุฃูุชูููุชู ุงููู ูุฏููููุฉู ููููุฒูููุชู ุจูููุจูุงุกู ููููููุฏูุชููู ุจูููุจูุงุกู ุซูู ูู ุฃูุชูููุชู ุจููู ุงููููุจูููู ุตููููู ุงูููููู ุนููููููู ููุณููููู ู ููููุถูุนูุชููู ููู ุญูุฌูุฑููู ุซูู ูู ุฏูุนูุง ุจูุชูู ูุฑูุฉู ููู ูุถูุบูููุง ุซูู ูู ุชููููู ููู ููููู ููููุงูู ุฃูููููู ุดูููุกู ุฏูุฎููู ุฌููููููู ุฑูููู ุฑูุณูููู ุงูููููู ุตููููู ุงูููููู ุนููููููู ููุณููููู ู ุซูู ูู ุญูููููููู ุจูุชูู ูุฑูุฉู ุซูู ูู ุฏูุนูุง ูููู ููุจูุฑูููู ุนููููููู ููููุงูู ุฃูููููู ู ููููููุฏู ููููุฏู ููู ุงููุฅูุณูููุงู ู Maksudnya : "Aku keluar dan pada ketika aku dah hampir melahirkan. Aku singgah di Quba dan aku telah melahirkan anak di Quba. Kemudian aku pergi menemui Rasulullah SAW. Lalu aku meletakkan anakku di bilik Baginda. Kemudian Baginda memohon untuk dibawakan tamar. Lantas Baginda mengunyah tamar tersebut kemudian meludah kunyahan tersebut di mulutnya. Benda pertama yang masuk ke tubuhnya ialah air liur Rasulullah SAW. Baginda kemudiannya mentahnikkan dengan sebiji tamar dan memberkatinya. Anak aku adalah bayi yang pertama yang dilahirkan pada zaman Islam (iaitu anak kaum muhajirin yang pertama dilahirkan selepas hijrah).โ (HR al-Bukhari & Muslim, hadis sahih) 2) TAHUN KE-2 HIJRAH ๐ธ PERANG QAINUQA Perang Qainuqa terjadi pada Syawal tahun ke-2 hijrah disebabkan oleh kebencian kaum Yahudi terhadap kemenangan kaum Muslimin atas orang-orang Quraisy dalam perang Badar. ๐ธ PERNIKAHAN NABI MUHAMMAD SAW DENGAN SAIDATINA AISYAH Daripada Aisyah RA berkata: ุชูุฒููููุฌูููู ุฑูุณูููู ุงูููููู ุตููููู ุงูููููู ุนููููููู ููุณููููู ู ููู ุดููููุงูู ููุจูููู ุจูู ููู ุดููููุงูู ููุฃูููู ููุณูุงุกู ุฑูุณูููู ุงูููููู ุตููููู ุงูููููู ุนููููููู ููุณููููู ู ููุงูู ุฃูุญูุธูู ุนูููุฏููู ู ููููู Maksudnya: โRasulullah SAW telah mengahwini ku pada bulan Syawal dan Rasulullah bersama dengan ku juga pada Syawal. Isteri Rasulullah mana yang lebih beruntung di sisi Rasulullah SAW dari pada ku?โ (HR Muslim, hadis sahih) 3) TAHUN KE-3 HIJRAH: PERANG UHUD ๐ธPerang Uhud berlaku pada hari Sabtu, 7 atau 11 Syawal tahun ketiga hijrah bersamaan 26 Mac 625 Masihi. Ia berlaku disebabkan dendam kaum kafir Quraisy terhadap orang Islam yang telah mengalahkan mereka ketika Perang Badar dan mengorbankan sebilangan besar tokoh pembesar mereka. ๐ธPerang ini dinamakan Perang Uhud kerana ia berlaku di sebuah tempat yang dikelilingi Bukit Uhud. Bukit ini dikatakan panjang sekitar 6 km hingga 7 km. Panglima tentera Islam di dalam Perang Uhud ialah Nabi Muhammad SAW sendiri, manakala panglima perang bagi tentera Quraisy dan sekutunya pula ialah Abu Sufyan bin Harb. ๐ธPerbezaan kekuatan tentera antara kedua pihak sangat berbeza. Kekuatan tentera Islam pada asalnya seramai 1000 orang, namun akibat hasutan Abdullah bin Ubai (ketua munafik), 300 orang tentera telah berpatah balik ke Madinah. ๐ธTentera musyrikin Quraisy pula seramai 3000 orang termasuk 200 tentera berkuda. Tentera Muslim kalah dalam perang ini. 4) TAHUN KE-4 HIJRAH: PERNIKAHAN NABI MUHAMMAD SAW Dari Aisyah ra, ia berkata: ุชูุฒููููุฌูููู ุฑูุณูููู ุงูููููู ููู ุดููููุงูู. ููููู ุฑูููุงููุฉู: ุฃููู ุงููููุจูููู ุตููููู ุงูููู ุนููููููู ููุณููููู ู ุชูุฒููููุฌู ุฃูู ูู ุณูููู ูุฉู ููู ุดููููุงูู Maksudnya: โRasulullah saw menikahiku di bulan Syawal. Dalam riwayat yang lain: Sungguh Nabi menikah dengan Ummu Salamah ra pada bulan Syawal.โ (HR Ibnu Majah) 5) TAHUN KE-5 HIJRAH: PERANG KHANDAQ (PARIT) ๐ธKhandak bermaksud parit yang digali tetapi tiada air. Ia dibuat sebagai satu strategi perang yang telah diarahkan oleh Rasulullah SAW hasil cadangan daripada seorang sahabat bernama Salman Al-Farisi r.a. ๐ธPeperangan Khandak juga dinamakan sebagai Perang Ahzab kerana tentera Islam berhadapan dengan gabungan tentera musuh yang sangat ramai. Di saat yang getir antara tentera Islam dan musuh berperang sehingga timbul rasa takut yang sangat tinggi di dalam hati kaum muslimin, Rasulullah SAW berdoa di kawasan yang sekarang telah dibina sebuah masjid yang dinamakan Masjid Fattah. Doa tersebut terkandung di dalam sebuah hadis daripada Abdullah bin Abu Aufa r.anhuma, beliau menceritakan: ุฏูุนูุง ุฑูุณูููู ุงูููููู ุตููููู ุงูููููู ุนููููููู ููุณููููู ู ููููู ู ุงููุฃูุญูุฒูุงุจู ุนูููู ุงููู ูุดูุฑูููููู ููููุงูู ุงููููููู ูู ู ูููุฒููู ุงููููุชูุงุจู ุณูุฑููุนู ุงููุญูุณูุงุจู ุงููููููู ูู ุงููุฒูู ู ุงููุฃูุญูุฒูุงุจู ุงููููููู ูู ุงููุฒูู ูููู ู ููุฒูููุฒูููููู ู Maksudnya: โRasulullah SAW berdoa pada saat perang Ahzab menghadapi kepungan musyrikin: โYa Allah yang menurunkan kitab, cepat perhitungannya. Ya Allah, hancurkanlah pasukan bersekutu. Ya Allah, hancurkanlah mereka dan porak-perandakanlah mereka.โ (HR Bukhari, hadis sahih) 6) TAHUN KE-8 HIJRAH: PERANG HUNAIN ๐ธPerang Hunain terjadi pada bulan Syawal tahun 8 hijrah di lembah Hunain, iaitu sebuah lembah yang menjadi penghubung kota Makkah dan Thaif. Perang ini diikuti oleh 12,000 tentera, terdiri dari 10,000 penduduk kota Madinah, dan 2,000 dari kota Makkah. Sedangkan pasukan musuh terdiri dari 20,000 tentera. ๐ธMenurut Syeikh Dr Said Ramadan al-Buti dalam kitab Sirah Nabawiyah menyatakan pertempuran Hunain adalah pertempuran antara Nabi Muhammad SAW dan pengikutnya melawan kaum Badwi dari suku Hawazin dan Tsaqif. ๐ธPertempuran ini berakhir dengan kemenangan bagi kaum Muslimin, yang juga berhasil memperoleh rampasan perang yang banyak. Pertempuran Hunain merupakan salah satu pertempuran yang disebutkan dalam Al-Quran. 7) TAHUN KE 8 HIJRAH: PERANG TAIF ๐ธPeperangan Taif ataupun nama lainya adalah Peperangan Hawazin. Ia berlaku pada bulan Syawal tahun 8 Hijrah, rentetan dari berlakunya peperangan Hunain. Perang ini berlaku apabila sisa-sisa pasukan kaum Quraisy yang kalah dalam peperangan hunain melarikan diri ke kota Taif. ๐ธSemasa peperangan ini berlangsung, Rasulullah SAW menggunakan strategi perang yang berbeza apabila melihat tentera Islam tidak dapat menembus benteng kota yang kukuh, melihat keadaan tersebut, akhirnya Rasulullah SAW mengubah taktik penyerangan, dengan menyekat seluruh kawasan di wilayah Taif selama lebih 20 malam. Pada akhirnya penduduk Taif menyerah dan menyatakan keinginannya untuk bergabung dengan pasukan Islam. 8 ) KELAHIRAN IMAM BUKHARI ๐ธTarikh Lahir: Jumaat, 13 Syawal 194 Hijrah di kota Bukhara, Uzbekistan ๐ธWafat: 1 Syawal 256 Hijrah (malam hari raya Aidil Fitri) (Rujukan: Syekh Ahmad Bilal, As-Sirajul Munir fi Alqabil Muhadditsin) SILAKAN SHARE, KITA BERKONGSI KEBAIKAN DAN GANJARAN PAHALA. Asma' Binti Harun & Tim Penyelidikan #UAHSahabatDuniaAkhirat
Duration: 0 sPosted : Tue, 23 Apr 2024 08:54:34Views
13.3KDaily-
Likes
647Daily-
Comments
7Daily-
Shares
58Daily-
ER
5.35%Daily-
Latest Videos
Similar Videos
Watch moreMore Videos
Watch more