Introduction: This is a tiktok video published by FITTIYA|SHOP. The video has now received more than 59 likes, 2 comments and 16 shares. It is deeply loved by fans. The following is the specific data and similar videos. Address, you can complete the operation on this page by clicking play or bookmarking the video.
Kajang: Bayi lelaki berusia enam bulan maut disyaki didera bapa kandungnya dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Bandar Tasik Kesuma, Beranang di sini, kelmarin. Perkara itu terbongkar selepas bedah siasat ke atas mayat bayi terbabit mendapati terdapat kesan kecederaan pada kepalanya. Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Muhamad Nasir Drahman berkata, pada awalnya polis menerima laporan daripada bapa mangsa berusia 25 tahun pada 8.52 pagi. "Lelaki itu mendakwa bayinya tidak sedarkan diri di rumah di sebuah pangsapuri di Bandar Tasik Kesuma. "Hasil pemeriksaan awal, tiada kecederaan pada badan mangsa dan mayat bayi itu dihantar ke Unit Forensik Hospital Kajang untuk bedah siasat," katanya dalam kenyataan hari ini. Beliau berkata, hasil bedah siasat dijalankan mendapati terdapat kesan kecederaan pada mayat yang bukan disebabkan oleh kemalangan tetapi perbuatan jenayah. Berikutan itu, katanya, polis menahan bapa mangsa di pekarangan Unit Forensik hospital berkenaan pada jam 11.30 malam hari sama. "Ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis syabu," katanya. Muhamad Nasir berkata, suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam sehingga 22 April ini untuk siasatan lanjut. Kata beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kejadian itu supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan S Vekram di talian 019-4737108 atau mana-mana balai polis berhampiran. #beritaditiktok #metro #fypシ゚viral
Duration: 0 sPosted : Wed, 17 Apr 2024 04:49:57Views
5.1KDaily-
Likes
59Daily-
Comments
2Daily-
Shares
16Daily-
ER
1.52%Daily-
Latest Videos
Similar Videos
Watch moreMore Videos
Watch more