Introduction: This is a tiktok video published by FITTIYA|SHOP. The video has now received more than 8.8K likes, 580 comments and 269 shares. It is deeply loved by fans. The following is the specific data and similar videos. Address, you can complete the operation on this page by clicking play or bookmarking the video.
Teluk Intan: Megat Ashman Aqif Megat Irman Jefni, pelajar Malaysia yang terkorban dalam kemalangan di Lake Tekapo, New Zealand semalam, sempat menghadiahkan kek dan telekung buat ibunya sebagai kejutan ulang tahun kelahiran. Menurut Noor Aishah Abdul Latif, 49, berkata, anaknya yang mesra dipanggil Qif, 21, memberi hadiah paling istimewa itu pada hari lahirnya 12 Mac lalu. Katanya, anak kedua daripada tiga beradik itu bekerja sambilan ketika cuti semester di New Zealand dan menghantar hadiah berkenaan menggunakan perkhidmatan kurier. "Arwah buat kejutan, dia hantar kek dan telekung. Saya kata 'mahal ni Qif, jauh-jauh simpan duit banyak nak pakai kat saya'. Dia jawab 'tak apa ibu, tak apa'. Baru ini dia beritahu, 'Aqif ada kirim duit sikit dekat ibu'. Saya kata 'kenapa Aqif bagi dekat ibu? Sepatutnya ibu yang bagi pada Aqif'. "Dia kata, 'Aqif nak berkat, ibu doakan Aqif ya'. Dia memang anak yang baik.. apa-apa dia akan jawab 'ya ibu... ya ibu.' "Arwah hubungi saya pada Selasa lalu menerusi panggilan video di WhatsApp. Dia kata akan menduduki peperiksaan pada Khamis dan minta saya doakan dia," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Melayu Langkap, di sini, hari ini. Suri rumah itu berkata, kali terakhir dia bertemu Megat Ashman Aqif di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Julai tahun lalu untuk menghantarnya menyambung pengajian dalam bidang perdagangan di University of Canterbury. Arwah rajin bersembang (dengannya). Sepanjang belajar di sana, dia hubungi saya setiap minggu... bercerita aktivitinya, kadang-kadang hampir sejam bersembang. (Jadi) Kita tak rasa dia jauh. "Sedih... Allah pinjamkan dia selama 21 tahun dan ambil semula dia dalam bulan Ramadan," katanya yang tidak dapat menahan air mata. Menurutnya, Allahyarham ada menyatakan hasrat untuk pulang ke Malaysia bagi menyambut Aidilfitri bersama, namun dia menasihati Aqif supaya tidak pulang memandangkan baru sahaja menyambung pengajian. Noor Aishah berkata, berita kehilangan anaknya itu diketahui daripada bapa Aqif, Megat Irman Jefni Megat Khas Hussaini kira-kira 11 pagi semalam. Semalam, Kementerian Luar melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington mengesahkan lima pelajar Malaysia terbabit kemalangan di Lake Tekapo pada 1.45 tengah hari waktu tempatan semalam. Dua pelajar Malaysia dikenali sebagai Megat Ashman Aqif Megat Irman Jefni dan Wan Nur Adlina Alisa maut di lokasi kejadian, manakala tiga lagi pelajar cedera iaitu Nur Firas Wafiyyah, Lya Issable Walton dan Muhamad Faris Mohd Fairusham. #beritaviral#fypシ゚viral#ramadan2024 #pelajar
Duration: 0 sPosted : Sun, 31 Mar 2024 06:33:15Views
327.3KDaily-
Likes
8.8KDaily-
Comments
580Daily-
Shares
269Daily-
ER
2.96%Daily-
Latest Videos
Similar Videos
Watch moreMore Videos
Watch more