Introduction: This is a tiktok video published by Firdaus Mahadi ✍🏻. The video has now received more than 228 likes, 9 comments and 3 shares. It is deeply loved by fans. The following is the specific data and similar videos. Address, you can complete the operation on this page by clicking play or bookmarking the video.
Manifestasi Perdana Seni Khat (MPSK) @ Muzium Kesenian Islam Malaysia Dari umur belasan tahun hingga beruban rambut dan janggut 😅 Alhamdulillah, satu-satunya pertandingan Seni Khat yang saya usaha konsisten sertai, antara siri pertandingan peringkat kebangsaan terawal dan yang paling lama bertahan sehingga kini. MPSK satu-satunya pertandingan paling mencabar (spontan atas kertas - ayat hanya diberi pada hari pertandingan). Konsep pertandingan yang sangat menguji kemahiran, kreativiti, mental dan fizikal peserta. Medan inilah bermulanya dapat mengenali para khattat luarbiasa berkemahiran tinggi dari seluruh pelusuk Malaysia. Tahun 1999 kali pertama dianjurkan, saya di tingkatan 3 amat teruja dapat melihat hasil tulisan mereka lalu membangkitkan semangat untuk pelajari bersungguh-sungguh, walau belum berguru tetap teruskan belajar dengan hanya berbekalkan buku Qawaid Khattul Arabiy Hasyim Baghdadi. Pesanan buat generasi muda yang ingin menceburi bidang Seni Khat ini, ikhlaskan hati dan pelajarilah dengan bersungguh. InsyaAllah akan ada kemanisan yang tak terungkap dalam meniti prosesnya. Juga jangan malu dan segan bertegur sapa dengan para khattat bila berpeluang berjumpa, kenalkan diri dan tanyalah apa sahaja mengenai seni khat. InsyaAllah mereka pasti tak lokek berkongsi ilmu. Itulah yang saya buat dulu. MPSK adalah ‘sentimental value’ berharga dalam perjalanan seni khat saya. Antara pencapaian yang tidak seberapa selama 7 kali penganjuran. 1999 - Kategori Bawah 18 tahun : Ketiga 2001 - Kategori Bawah 18 tahun : Johan 2003 - Kategori Dewasa (Thuluth) : Saguhati 2 2009 - Kategori Dewasa (Thuluth) : Ketiga 2013 - Kategori Dewasa (Terbuka) : Saguhati 1 2017 - Kategori Dewasa (Terbuka) : Saguhati 1 2023 - Kategori Dewasa (Terbuka) : Saguhati 2 Doakan semoga diberi kesihatan yang baik dan peluang lagi untuk menyertainya pada siri akan datang 🤲🏻 Kali terakhir sertai pertandingan khat pada tahun 2017, selepas itu banyak pertandingan tidak berkesempatan sertai atas komitmen kerja serta bantu menganjurkan Pertandingan Seni Khat Negeri Melaka untuk tahun 2016, 2017, 2021, dan 2023. #arabiccalligraphy #foryou #senikhat
Duration: 9 sPosted : Wed, 15 Nov 2023 06:12:16Views
4.0KDaily-
Likes
228Daily-
Comments
9Daily-
Shares
3Daily-
ER
6.04%Daily-
Latest Videos
Similar Videos
Watch moreMore Videos
Watch more