Kami Wanita di Parlimen Hulu Langat memang aktif dengan pelbagai aktiviti. Ini antaranya 4 orang kami di minta share resepi unik dan menarik. Sahabat kami Suzana Mustafa pulak tukang arrange dengan wartawan. Jadi termasuk la kami semua dalam surat khabar... Alhamdulillah. Dapat la share resepi menarik dan unik ni. Wajib Cuba Tau! Saya share resepi Daging Palembang ni ya. Boleh cuba mudah sangat. Sesuai dan sedap sangat di makan dengan Nasi Tomato masakan ni! Yum yum. Boleh jamu tetamu di musim raya ni. Mudah sangat nak buat. Boleh try masakan Palembang ni dengan ayam atau kambing. Memang terbalik periuk, mak mertua lalu tak perasan! Makan dengan Nasi Tomato Tau. Nasi putih kurang terangkat. Apa nak susah KChef ada Pes Nasi Tomato yang Sedap Bangat! Sekarang promo. 180gm pes untuk 1 kg beras. Sangat berbaloi. Beli 1 pek rm10.90. Beli Kombo 2 pek hanya rm20 Sahaja. Cepat grab. Makan biar Sedap. Masak Biar Mudah beb! Tekan je link di bawah ni. https://wasap.my/60175499411/NakPesNasiTomatoSedap Nasi Tomato ni, Makan dengan Daging Palembang, telor rebus dan salad letak dressing minyak zaitun, lada hitam dan perahan Lemon sikit. Perghhhh.... menyatu betul rasanya! Kena cuba tau! Ni hah... RESEPI DAGING PALEMBANG YANG DAH VIRAL TU! Bahan-bahan: - 600 gram daging/ayam - 600 gram santan ori pekat - Bawang ros - 16 gram/16 cili kering - 25 gram/dua inci halia - Dua batang serai - Enam gram gula - Garam secukup rasa Cara penyediaan: 1. Goreng layu bawang dan cili kering dengan sedikit minyak. Layu sedikit sahaja. 2. Kemudian angkat dan kisar dengan air. 3. Masukkan bahan yang dikisar dalam daging. 4. Masak daging dan matikan air dalam 10 minit. 5. Kemudian masukkan santan. 6. Apabila mendidih, masukkan serai yang diketuk dan halia yang dipotong dua. Masukkan juga garam dan gula. 7. Masak dengan api sederhana hingga daging lembut dan kuah pecah minyak. 8. Masukkan air jika daging belum lembut. Boleh dimasak hingga kuah kering atau sedikit berkuah bergantung kepada cita rasa masing-masing. 9. Jika ingin berkuah, hidangan ini sesuai dimakan bersama nasi tomato dan sekiranya kering, ia sesuai dimakan dengan lemang atau nasi impit ketika hari raya. #dagingpalembang #nasitomato #rendang #pessedap