liputan7official TikTok
Check out liputan7officialTiktok analytics report
Liputan 7
@liputan7official-
Global Rank201.34K
Followers1.53K
Videos251.27M
Views6.59M
LikesRelative Keyword
Influence analysis
liputan7official tiktok Introduction
liputan7official is a tiktok influencers from the Malaysia with 201343 followers. His/her video classification is Public Figure in tiktok. Many people who follow him/her are because of his/her classification. He/She has published more than 1530 videos, with a cumulative total of 6587397 likes, and a total of 201343 fans. In the current tiktok ranking in the United States, he/she ranks No. Malaysia and ranks No. globally.
Here are some more information about liputan7official:
tiktok homepage link:https://www.tiktok.com/@liputan7official
Instagram:unknown
Youtube:unknown
Twitter:unknown
liputan7official's pricing:
Nano: $50–$300
Micro: $300–$1,250
Mid: $1,250–$3,500
Macro: $3,500–$12,000
Celebrity: $12,000+
Also, the most commonly and popular used tiktok hashtags in liputan7official 's most famous tiktok videos are these:
#fyp #foryou #dlaciebie #viral #dcb #fy #tend #foryoupage #obsessed #makeup #makeuptutorial #sheingals #shein #sheinEu #leo
In the past 30 days, he/she has released for following 70 videos, 13017024 views, 355943 likes, 32107 comments and 19697 shares
not only that.
His/her average playback of each video reached 185957.49, an average of 5084.9 likes per video, an average of 458.67 per video, and an average of 281.39 sharing times per video.
His/her best and the first three best videos played 2300000, 5000000, respectively. These three videos are:Lelaki ragut wanita di Klang menangis dijel lima tahun, dua sebatan KLANG - Lelaki yang meragut seorang wanita lalu melarikan diri ke Langkawi, Kedah, menangis selepas dihukum penjara lima tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas satu pertuduhan merompak serta mencederakan mangsa berusia 20 tahun, minggu lalu. Tertuduh, Muhammad Syafi’ei Hasan, 24, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Sharifah Hascindie Syed Omar. Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara bermula tarikh tangkap iaitu 21 April lalu. Mengikut pertuduhan, dia didakwa merompak, dengan sengaja menyebabkan cedera kepada mangsa di Jalan Persiaran Raja Muda Musa berdekatan hadapan Sekolah Menengah Perempuan Raja Zarina, Pelabuhan Klang di sini pada jam 8.50 pagi, 15 April lalu. Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara selama 20 tahun dan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan. Semasa prosiding, tertuduh yang menangis dan mengesat air mata menggunakan baju, merayu dikenakan hukuman ringan selain berjanji tidak akan mengulangi perbuatan yang sama kerana insaf. "Ibu bapa saya telah tua dan mereka mempunyai penyakit darah tinggi dan gout," katanya yang tidak diwakili peguam. Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Siti Bahiyah Amir Haidi berkata, kejadian tersebut telah menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah dan boleh meragut nyawanya. Menurutnya, ia merupakan kesalahan yang serius, malah menerusi video yang tular di media sosial, akibat perbuatan tertuduh, mangsa telah terjatuh atas jalan raya namun bernasib baik kerana tiada kenderaan lain ketika kejadian. Sebelum ini, seorang wanita yang menunggang motosikal ketika dalam perjalanan ke tempat kerja cedera selepas diragut di lokasi kejadian. Kejadian berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC, telah dihampiri sebuah motosikal Yamaha Y15 berwarna gelap. Suspek kemudian bertindak menarik beg silang dipakai mangsa menyebabkan wanita itu hilang kawalan lalu terjatuh dan mengalami kecederaan di kedua-dua tapak tangan, lutut dan bahu kiri. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, suspek berjaya ditahan selepas melarikan diri menggunakan motosikal di Langkawi. Katanya, siasatan awal mendapati, suspek baru selesai menjalani hukuman dan keluar dari penjara sekitar awal bulan ini. #liputan7 ; Remaja berusia 19 tahun meninggal dunia terlibat dalam kemalangan motor bergesel dengan lori SEBERANG PERAI – Seorang remaja maut dalam keadaan menyayat hati apabila motosikal yang ditunggang dipercayai bergesel dengan sebuah lori di Kilometer (KM) 13.9 Lebuh Raya Butterworth-Kulim (BKE), menghala ke Seberang Jaya dari Kulim di Kedah, semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 12.20 tengah hari itu, mangsa berusia 19 tahun disahkan meninggal dunia semasa mendapat rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ). Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, hasil siasatan awal mendapati penunggang motosikal terbabit merupakan warga tempatan. Menurutnya, kejadian berlaku dari arah sama mengakibatkan mangsa dan motosikal terbabas ke sebelah kiri jalan raya berkenaan. “Mangsa telah mengalami kecederaan parah pada bahagian tangan dan kaki serta disahkan meninggal dunia di Hospital Seberang Jaya semasa menerima rawatan. “Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya kepada pemberita di sini, malam tadi. Terdahulu, tular satu rakaman video berdurasi 27 saat menunjukkan penunggang motosikal terbabit dihimpit hingga ke pembahagi jalan ketika cuba memotong sebuah lori semasa berada di lebuh raya berkenaan. Akibat kejadian itu, mangsa dilihat merempuh pembahagi jalan sebelum terpelanting kira-kira lima meter. Petikan laporan daripada portal berita Kosmo! #liputan7 ; Lelaki wargaemas curi sardin dan kopi dihukum penjara Batu Pahat: Duda dipenjara sebulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas pertuduhan mencuri sardin, pencuci mulut dan serbuk minuman kopi, Khamis lalu. Tertuduh, Jamaluddin Yusof, 64, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Suhaila Shafi'uddin. Mengikut pertuduhan, lelaki terbabit didakwa mencuri 10 tin sardin, empat botol pencuci mulut dan dua botol Nescafe di sebuah kedai serbaneka di Parit Raja, di sini, pada 1.15 tengah hari, 18 April lalu Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan denda. Berdasarkan fakta kes, pengadu yang juga pekerja kedai serbaneka terbabit menahan tertuduh sebelum menemui barangan disyaki dicuri. Hasil soal siasat mendapati, tertuduh mengakui mengambil barangan terbabit dan laporan polis dibuat. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Farah Wahidah Mohd Sharip, manakala tertuduh diwakili Kamarul Arifin Nordin daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK). Terdahulu, dalam rayuannya, tertuduh memohon mahkamah menjatuhkan hukuman penjara ringan kerana perlu menanggung anak. Bagaimanapun, pihak pendakwaan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan mengambil kira kerugian dialami kedai terbabit dan juga pengajaran kepadanya. Selepas mendengar hujahan dah rayuan kedua-dua pihak, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara sebulan bermula dari tarikh ditahan. #liputan7
Published videos
Polis sahkan 3 lelaki samun pengajar pelaburan Forex bukan anggotanya POLIS mengesahkan tiga lelaki dalam video tular yang bertindak menyumbat seorang pengajar pelaburan Forex masuk ke dalam sebuah Perodua Bezza bukan anggota badan beruniform itu. Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, pihaknya sudah membuka kertas siasatan berhubung kejadian samun dengan menyamar sebagai anggota polis di sebuah restoran dekat Jalan Wong Ah Jang, Kuantan pada Khamis lalu. Katanya, laporan telah dibuat oleh mangsa pada pukul 10 malam hari kejadian. “Satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 170/ 395 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyamar sebagai penjawat awam dan melakukan samun berkumpulan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Jelasnya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil ke balai polis bagi membantu siasatan. Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menganggu siasatan. #liputan7
Terlanggar basikal ketika memotong, lelaki maut digilis treler SEORANG penunggang motosikal maut digilis treler selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di hadapan sebuah stesen minyak dari Jalan Kapar ke Jalan Meru, 8.30 pagi tadi. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, kemalangan berlaku apabila motosikal yang ditunggang mangsa hendak memotong treler di sebelah kiri. Beliau berkata, mangsa berusia 24 tahun bagaimanapun terlangar seorang penunggang basikal lalu terjatuh di sebelah kanan jalan sebelum digilis treler. “Akibat kejadian, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala penunggang basikal mengalami luka ringan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Surihan Samsudin Video penuh di telegram liputantujuh #liputan7
Berucap pada Majlis Peluncuran NACS 2024-2028 di Putrajaya hari ini, Anwar berkata isu rasuah tidak boleh dipandang ringan dan semua pihak termasuk masyarakat awam perlu memainkan peranan membanteras permasalahan itu “Bila kita luncurkan agenda ini (NACS), ya tentu tonggaknya masih Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tetapi ia juga melibatkan yang lain (seperti) Lembaga Hasil Dalam Negeri, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam dan agensi lain, yang harus memastikan negara ini beranjak daripada ketelanjuran lalu dan lebih bertekad untuk membanteras (rasuah) “Saya punya keyakinan kepada Azam (Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki) dan keluarga SPRM yang telah diberi amanah, kepercayaan dan dukungan … tidak kenal darjat dan kedudukan (membanteras rasuah) supaya rakyat dapat mesej yang jelas,” katanya Anwar berkata Malaysia tidak boleh diselamatkan dan nasib rakyat tidak mungkin terbela jika membiarkan penguasa, penjawat awam dan badan penguat kuasa merasakan mereka mempunyai hak untuk memunggah kekayaan dan menjalankan pentadbiran mengikut hukum rimba Beliau berkata biarpun ada pihak cuba menggagalkan usaha SPRM mengambil tindakan terhadap pihak atau individu disyaki terlibat dalam kesalahan rasuah dan seumpamanya, menjadi tugas semua pihak termasuk generasi muda untuk menyelamatkan negara dan membela nasib rakyat. “Bayangkan pembasmian kemiskinan, sekolah, hospital, prasarana rakyat, nasib nelayan, petani, pekebun kecil getah, sawah padi … hampir semua boleh kita bereskan sekiranya kita dapat selamatkan negara daripada kerakusan, tamak haloba orang yang guna kuasa, kedudukan sama ada pimpinan politik atau penjawat awam atau swasta kerana tamak haloba yang tidak terkawal. “Untuk memerangi (rasuah), anda perlukan pasukan yang amat kuat, komited, berdedikasi dan berani. Memerangi rasuah perlukan undang-undang kukuh dan melindungi,” katanya. Anwar percaya majoriti rakyat juga resah dan benci dengan isu rasuah dalam negara, namun tidak dinafikan masih ada segelintir pihak yang mempertahankan salah guna kuasa dan rasuah kerana individu terlibat itu adalah daripada golongan berpengaruh dan berdarjat. Justeru, Anwar berkata pelancaran NACS oleh beliau hari ini dengan kehadiran dua Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof, serta menteri-menteri lain, sebagai tanda sokongan dan dukungan kepada SPRM untuk melaksanakan agenda pembanterasan rasuah. “Saya percaya keluarga SPRM tahu bagaimana kadang-kadang mereka terpaksa hadapi serangan, tohmahan, malah (melibatkan) keselamatan kerana ‘pertarungan’ ini dahsyat. “Sebab itu yang kita perlu ada ialah kesungguhan, tekad, keikhlasan untuk memerangi ini sebagai satu dasar yang perlu demi menyelamatkan negara dan memberi khidmat terbaik kepada rakyat,” katanya. NACS merangkumi lima strategi melibatkan pendidikan, kebertanggungjawaban awam, suara rakyat, penguatkuasaan dan insentif. Mengulas mengenai strategi itu, Anwar berkata di bawah pendidikan, anak-anak di sekolah perlu dilatih untuk membenci rasuah dan penyalahgunaan kuasa, manakala dalam kalangan rakyat pula mesti ada program pendidikan yang meluas supaya ada kesedaran mengenai bahaya rasuah. “Di bawah kebertanggungjawaban awam pula, ia bukan urusan SPRM atau Jemaah Menteri (semata-mata), ini urusan kita. “Apakah kita mahu selamatkan negara kita atau biarkan? Saya (ucap) tahniah dan salute (tabik) kepada SPRM kerana ambil tindakan berani dan tegas. “Strategi suara rakyat itu boleh membentuk dan mempengaruhi dasar dan memberi dukungan kepada pegawai-pegawai pelaksana,” kata Anwar. Di bawah strategi penguatkuasaan, beliau berkata anggota penguat kuasa perlu berani, tegas dan memikul amanah dengan cekap. “(Di bawah strategi ganjaran), saya tak nafikan beri ganjaran dan insentif yang sesuai supaya dalam melaksanakan pembanterasan ini, kita berikan ruang sama ada kepada pegawai, penjawat awam atau orang ramai yang memberikan kerjasama untuk menjayakannya,” kata Perdana Menteri. - Bernama
Safiq rahim pula jadi mangsa serangan PEMAIN tengah Johor Darul Ta'zim (JDT), Safiq Rahim menjadi mangsa serangan terbaharu oleh dua individu tidak dikenali berhampiran pusat latihan kelab itu di Seri Gelam pada malam Selasa. Insiden itu dikongsikan Safiq menerusi laman Instagramnya bersama salinan laporan polis yang dibuatnya selepas kejadian itu. "Tak sangka saya pula kena serang berdekatan pusat latihan JDT. Zaman kena berjaga-jaga," katanya. Menerusi laporan polis itu, kejadian berlaku pada jam 10 malam semasa dia memandu kenderaannya selepas selesai mengambil barang di pusat latihan JDT. "Secara tiba-tiba datang sebuah motosikal dinaiki dua lelaki dan salah seorang pembonceng itu mengeluarkan tukul mengetuk cermin belakang kereta. "Ketukan itu membuatkan saya terkejut dan memberhentikan kereta dan kedua-dua lelaki itu berhenti di hadapan sambil menunjukkan tukul ke arah saya. "Akibat takut, saya mengundurkan kenderaan dan dua lelaki itu beredar," katanya dalam laporan polis itu. Insiden terbaharu itu nyata membimbangkan selepas dua kes membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim yang disimbah asid dan pemain Terengganu FC, Akhyar Rashid yang disamun di hadapan kediamannya di Kuala Terengganu. Petikan laporan daripada portal berita SinarHarian #liputan7
Halau penumpang: APAD gantung pemandu bas Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah mengarahkan syarikat bas yang terbabit dalam isu pemandunya bertindak kasar terhadap seorang penumpang, untuk menjalankan siasatan lanjut bagi memastikan insiden serupa tidak berulang. Memandang serius insiden berkenaan, APAD dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa syarikat itu telah menggantung tugas pemandu bas terlibat. “APAD sekali lagi ingin menegaskan pendirian untuk tidak akan sesekali berkompromi terhadap mana-mana kesalahan pengusaha dan pemandu perkhidmatan pengangkutan awam darat yang berupaya menjejaskan kepercayaan orang awam terhadap perkhidmatan pengangkutan awam darat,” menurut kenyataan itu. APAD mengeluarkan kenyataan itu susulan insiden seorang pemandu bas perkhidmatan awam yang bertindak kasar terhadap seorang penumpang di Johor Bahru, Johor Dalam rakaman video berdurasi 50 saat yang tular menerusi media sosial baru-baru ini memaparkan pemandu bas henti-henti itu telah memarahi dan bertindak kasar terhadap seorang penumpang wanita sebelum menghalau keluar penumpang terbabit. APAD memaklumkan pihaknya ingin mengingatkan mana-mana syarikat untuk memantau prestasi pemandu kenderaan masing-masing dalam memastikan keselamatan terhadap pengguna jalan raya yang lain. Selain itu, peringatan tegas juga diberikan kepada semua pengusaha dan pemandu perkhidmatan agar sentiasa mengamalkan etika kerja yang profesional dan berhemah. “Sebarang ketidakpatuhan perkhidmatan akan dikenakan tindakan berdasarkan peraturan yang dikuatkuasakan. Orang ramai juga dinasihatkan untuk bertenang dan tidak membuat spekulasi sehingga siasatan selesai. “Sebarang aduan tentang perkhidmatan pengangkutan awam boleh disalurkan melalui saluran aduan rasmi yang disediakan oleh syarikat mahupun pihak kerajaan,” katanya. - Bernama #liputan7
Faisal kritikal, mengadu sakit terbakar dalam kulit Shah Alam: Kondisi kesihatan tonggak Harimau Malaya Faisal Halim semakin membimbangkan apabila dikatakan berada dalam keadaan kritikal selepas menjalani pembedahan di sebuah hospital swasta, di sini, semalam. Situasi terbabit disahkan Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) Datuk Seri Shahril Mokhtar yang memaklumkan keadaan Faisal boleh dikatakan semakin membimbangkan kesan daripada kelecuran tahap empat. Malah, beliau yang juga Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) turut memaklumkan bahawa tangan kiri pemain sayap itu sukar untuk bergerak sekali gus menimbulkan persoalan masa depannya kelak. "Seperti dimaklumkan bahawa sememangnya Faisal berada dalam keadaan kritikal dan kini hanya saya dan isterinya saja dibenarkan untuk melawat. "Jika diikutkan apabila dia dihantar ke hospital pertama untuk menerima rawatan awal doktor melihatnya mungkin melecur tahap dua. "Namun, selepas dipindahkan hospital dan rawatan susulan mendapati lecuran berada pada tahap empat. "Sedih saya melihat keadaannya ketika ini, kerana dia ada beritahu bahawa terasa sakit seperti terbakar di dalam kulit dan mengerang kesakitan," katanya, ketika dihubungi Arena Metro. Terdahulu, Arena Metro melaporkan bahawa insiden membabitkan pemain kebangsaan itu yang cedera dipercayai disimbah asid dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah di ibu kota. Ia kejadian malang kedua menimpa pemain negara selepas Muhammad Akhyar Abdul Rashid apabila pemain pinjaman Terengganu FC itu cedera pada kepala dan kaki selepas diserang dua penyamun di kawasan kediamannya di Kuala Terengganu, Khamis lepas. Muhammad Akhyar dikatakan dipukul menggunakan senjata tumpul di bahagian kepalanya sehingga menyebabkan pemain berkenaan mengalami kecederaan. Sementara itu, tinjauan Arena Metro di hospital swasta berkenaan mendapati keadaan tenang dan kelihatan beberapa individu dipercayai ahli keluarga Faisal yang menunggu untuk mendapatkan laporan terkini berkaitan keadaan pemain itu. Petikan laporan daripada portal berita Harian Metro Kredit : Harian Metro #liputan7
Lelaki pamer gambar Agong pada kempen PRK KKB kena penjara, denda Hulu Selangor: Seorang lelaki dipenjara sebulan dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Kubu Baharu di sini hari ini, kerana mempamerkan gambar Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Kubu Baharu (KKB). Hakim Siti Fatimah Talib yang bertindak sebagai Majistret, menjatuhkan hukuman itu ke atas P Ramasamy, 66, selepas lelaki itu mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan. Mahkamah mengarahkan Ramasamy yang berkerja sendiri itu, untuk menjalani hukuman penjara dari tarikh dia ditangkap pada 4 Mei dan akan dipenjara 10 bulan sekiranya gagal membayar denda. Ramasamy didakwa melakukan perbuatan itu dan membawa sepanduk Pakatan Harapan (PH) menggunakan kenderaan pacuan empat roda, dengan kecenderungan untuk mengembangkan perasaan permusuhan antara golongan pengundi yang berbeza dalam PRK KKB, untuk mendorong mana-mana pengundi supaya mengundi calon PH. Perbuatan itu dilakukan di sekitar Taman Bukit Bunga dekat sini pada 5.40 petang, 4 Mei. Pertuduhan mengikut Seksyen 4(A)1 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya sekali. Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Asmah Che Wan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Terdahulu, Ramasamy dalam rayuannya memohon maaf kepada mahkamah selain meminta diberikan hukuman ringan, atas alasan beliau tidak mengetahui bahawa tindakan berkenaan adalah salah. Asmah pula memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran bukan sahaja kepada tertuduh, bahkan untuk rakyat Malaysia supaya kejadian seperti itu tidak lagi berulang. "Saya mohon hukuman berat diberikan kepada tertuduh dengan mengambil kira kes dan kesalahan yang dilakukan telah melibatkan dan menghina Yang di-Pertuan Agong. Ini merupakan satu isu sensitif dan boleh menimbulkan kemarahan seluruh rakyat Malaysia," katanya. Semalam, Bernama melaporkan polis menahan dua lelaki dan merampas sebuah kenderaan pacuan empat roda kerana mempamerkan gambar Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada kempen PRK KKB. #liputan7
TODO LO QUE TENGO QUE HACER🥺 TE UNO A WASSAP SI ME PASAS ESTE VIDEO POR INSTA: CARXLOSC #fyp
00:23TODO LO QUE TENGO QUE HACER🥺 TE UNO A WASSAP SI ME PASAS ESTE VIDEO POR INSTA: CARXLOSC #fyp
00:23Similar Talent
Nguyễn Hòa
@bum9999._375.53K
Followers
6
Videos
Rebe
@rebe_s_art362.05K
Followers
281
Videos
bitch.lyrics
@bitch.lyrics353.99K
Followers
185
Videos
cherry 🍒
@cherrymaeedano344.10K
Followers
3.75K
Videos
Jennifer👑
@jenniferpadovano1314.27K
Followers
936
Videos
Poon
@poon.aaa308.53K
Followers
14
Videos
Pympan Chalayanacupt
@pympan306.75K
Followers
427
Videos
Mamitisha
@tisha_diary285.10K
Followers
143
Videos
RUNHOOD | Media Lari 🏃🏻
@runhoodmag279.18K
Followers
996
Videos
สักลายมือเศรษฐี อ.หนึง
@nungnuathai263.37K
Followers
3.36K
Videos
Other Talent
Courtney Sarracino
@courtneysarracino1.50M
Followers
491
Videos
benji
@benjigreenn820.62K
Followers
745
Videos
Telemundo Deportes
@telemundodeportes743.09K
Followers
4.42K
Videos
Philipe Gabriel
@escolheum_687.98K
Followers
248
Videos
mirindiwer
@mirindiwer327.09K
Followers
164
Videos
✨7 7 7✨
@ubeebaby307.01K
Followers
497
Videos
Lauren | Aligned Mind
@lauren_bulloch217.13K
Followers
619
Videos
Rip Wax Sportscards LLC
@ripwaxsportscards26.06K
Followers
150
Videos
Yassir99
@chingkoh9922.20K
Followers
178
Videos
PhuongDung-Review
@suriphuongdung12.70K
Followers
386
Videos